May 17, 2010

Dalil-dalil yang menggesa kepada penyatuan dua ♥ dalam satu akad yang sah...yakni perkahwinan~


Perkahwinan itu ialah perintah Allah SWT bagi menyalurkan fitrah manusia ke jalan yang halal.

Maka selama perkahwinan itu adalah menjadi ibadah kepada
Allah SWT, membuahkan pahala maka ianya adalah dikira ideal dan mencapai tuntutan dan perintah agama walau apa pun jua versi dan suasana perkahwinan itu.

Di dalam
Al-Quran ada menceritakan perkahwinan versi Asiah isteri Firaun, isteri solehah bersama suami yang jahat.

Di dalam
Al-quran ada menceritakan perkahwinan Nabi Allah Luth, isteri jahat bersama lelaki soleh.

Di dalam
Al-Quran ada menceritakan perkahwinan Ibrahim, perkahwinan Ismail, perkahwinan Musa, perkahwinan Ayub ,perkahwinan rasulullah salallahualaihiwasalam dan para rasul selainnya.

Kita melihat pada perkahwinan mereka terdapat bermacam-macam ragam dan cerita yang mampu menumpahkan air mata dan bukanlah kisah fantasi bahagia khayalan yang jauh dari realiti.

Para rasul di utuskan daripada kalangan manusia dan
Islam ialah agama yang paling memahami realiti manusia.

Firman
Allah SWT yang bermaksud : “Katakanlah: "Al Quran itu diturunkan oleh (Allah) yang mengetahui rahsia di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?” (Al-Furqan : 6-7)


a. Al-Quran


1) Firman
Allah Taala: Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32)


Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempunyai isteri supaya berkahwin.


2) Firman
Allah Taala: Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya. (Surah al-Baqarah: 232)

A
yat di atas merupakan larangan dari Allah Taala kepada ibubapa yang enggan atau menghalang perkahwinan anak-anak perempuan mereka .

3) Firman
Allah Taala: Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74)

Firman
Allah Taala ini menyatakan satu sifat terpuji, iaitu berdoa memohon kepada Allah Taala agar dikurniakan isteri dan zuriat yang menyejukkan mata.


b. Hadis Rasulullah s.a.w.

1)Sabda Rasulullah s.a.w : Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a)

2) Rasulullah s.a.w.: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya. (Hadis Dha'if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

3) Rasulullah s.a.w.: Rasulullah s.a.w. telah bersadba: Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami. (Hadis Dho'if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

4) Rasulullah s.a.w.: Dari Aisyah r.a. dari
Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin. (Hadis Dha'if riwayat Ibnu Majah)

5) Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak.

(Hadis yang disepakati oleh ali Hadis) Lima hadis
Rasulullah s.a.w. di atas menunjukkan beberapa fadhilat dan kelebihan yang mendorong dan menggalakkan supaya berkahwin. Ia juga menunjukkan akan kekhuatiran terhadap berlakunya zina mata dan zina faraj (kemaluan).Perkahwinan merupakan satu-satunya jalan keluar dari kekhuatiran tersebut .


c. Dari perkataan para sahabat dan ulamak.

1) Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata: "Tiada yang menghalang perkhawinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang membuat maksiat."
Perkataan ini menjelaskan bahawa agama tidak menghalang perkahwinan dan sebaliknya merupakan satu kecelaan terhadap orang-orang yang menghalangnya.

2) Saidina Abbas r.a. berkata: "Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin."

Ini bermaksud, tidak sempurna ibadat seseorang itu kecuali setelah hatinya dikosongkan dari segala gangguan-gangguan was-was nafsu syahwat perkahwinan. Lalu kekosongan tersebut diisi dengan
Allah s.w.t. Perkara ini akan hanya akan diperolehi dengan jalan perkahwinan sahaja.

3) Abdullah bin Masud pernah mengucapkan: "Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.

4) Sewaktu wabak taun melanda negeri Mesir, dua orang isteri saidina Mua'z telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang taun, katanya: "Kahwinkanlah aku. Aku tidak suka menemui
Allah s.w.t. dalam keadaan aku bujang. "

5) Saidina Ali r.a. telah berkahwin selepas tujuh malam kematian Saiyidah Fatimah r.a.

6) Saidina Umar al-Khatab r.a. adalah antara sahabat yang banyak berkahwin. Katanya: "Aku tidak berkahwin kecuali untuk menghasilkan anak. "

7)
Sufian bin Uyainah berkata: "Memperbanyakkan isteri bukanlah dari perkara dunia yang sia-sia kerana saidina Ali r.a. merupakan seorang sahabat yang paling zuhud mempunyai 4 orang isteri dan 17 orang jariah. Perkahwinan merupakan jalan para anbiyak dan akhlak mereka. "

8) Imam Ahmad bin Hanbal r.h. telah berkahwin pada hari kedua kematian isterinya. Katanya: "Aku tidak suka bermalam dalam keadaan aku bujang."

p/s:penyatuan dua hati dalam satu akad yang membawa kepada kebahagiaan bersama dalam institusi kekeluargaan memerlukan penyatuan dua jiwa yang berteraskan
Al-Quran dan As-Sunnah dan menyalurkan perkahwinan dan penyatuan ini kerana Allah...cintakan pasangan kita kerana Allah...inshaAllah Allah sentiasa bersama kita...

jazakumullahu khairan jazaa'

*suke ati aku jerk gune gmbar finalist CARI MENANTU tu ek..hehe~jgn marah ea sape2 yg brkaitan..sekadar gambar hiasan jerk..wee~ peace! (^_^)

May 14, 2010

De Mosto Ashamedete Momento en Mi Lifino

When I looked at my lil sis, Syuhaila, with her KAFA School attire, my memory is going back to ‘De Mosto Ashamedete Momento en Mi Lifino’ (The Most Ashamed Moment in My Life), the year when I was in Standard 5...at Sekolah KAFA Pink..hehe..well, actually Sekolah Agama At-Taqwa at my hometown... why it was called ‘Pink’?..hehe, that is because students there are wearing Baju Kurung with pink coloured ‘kain’ and scarf along with white ‘baju’...boys doesn’t wear those pinky Baju Kurung (of course laa..aiyoo), but they only wears all white Baju Melayu with pinky ‘sampin’.. the word ‘pink’ also used to differentiate between another two Fardu Ain School located nearby, according to the colour of attire they are wearing... Sekolah KAFA Hijau (PASTI actually) and Sekolah KAFA Biru (Sekolah Agama Al-Hidayah)...haha..it’s sort of weird...but actually it’s quite fun to named them that way..hehe..

Alright, back to the story... It was on the UPKK exam week (if i’m not mistaken,hehe...), and a few weeks before, I was rarely presence to the class because of too busy attending for school co curricular activities in evening...(actually not very busy, it’s just lazy..hehe).. I’m not too sure about the date, it could be the 2nd day of exam, Tajwid paper..woah..for that time I was too worried, because I haven’t studied or do any revision on Tajwid..(the truth is, even for other papers I’m not study or do the revision..haha)..sincerely, on that time, I was not good in Tajwid, Tajwid is my weakest subject ever..compared to Sirah, Akhlak and Feqah..I can read the Quran but on that time if people ask me about the ‘Izhar Halqi?, Idgham Maal Ghunnah?, Idgham Bila Ghunnah?, Alif Lam Syamsiah?, Alif Lam Qamariah? and bla3...then I got blurred..huhu..only Iqlab I can remember the most..hehe..shame on me, isn’t it? Yes, I am..so blind and blurred on that time..how many times my ‘nenek’ and my mom and also my dad had told me and teaches me, even ustazah also had teach me on that simple and basic rules of Tajwid, unfortunately, I still can’t remember it..huhu...(could be I’d eat a lot of ant when I was a child)..hehe..the last thing that split on my mind is to make a ‘toyol’..wuu~..so scary..the first time ‘toyol’ I ever made through my entire learning, studying and sleeping education life and also the last...wahaha..carefully, a few minutes before the Tajwid paper exam begin, I write the ‘toyol’ on a blank page of Akhlak exercise book..the ‘Huruf-huruf Izhar, and all the rules and regulations of Tajwid..huu~..so scared on that time, but I got no choice..I don’t want to be failed on that subject..huhu~...

“Kamu boleh mula menjawab sekarang”, said Ustazah Esah (it’s a miracle that I still can remember her name.. haha..), then I looked at ustazah........CLEARED!..hoho...since I was sit at the very back of the class..I confidently reached out my hand into the deepest and the darkest compartment of my table, I took out the Akhlak exercise book where the ‘toyol’ was hiding..huuu~~... Then, I turned the book..page by page..carefully and silently..’Where is that thing?(the ‘toyol’), I questioned myself..huhu..’Where is it? I thought that I was wrote it here, on the middle of this book page, but where is it?’...

Suddenly... “ehem~..ehem ehem~”...Ya Allah~(my heart whispered)..then I tilted my head a little and turn to right from which the sound came from..and then I saw Ziana Zain(not her real name) smiled at me and with her finger waving up and down and saying, “Haa....awak meniru ye?..hehe~”.. (in my heart, ‘ what an evil face she had’)...then I smiled back at her..(you can guess how terribly my heart does, beating out of tempo on that time..huhu)...but then, she’s took out something from her table and said, “Aku pon same~..hehe~”..Lailahailallah!...fuh! RELEASED!.. then I smiled back at her and with no doubt accompanied with confidences, I raised up a little bit my Akhlak exercise book or my ‘toyol’ to show to her.......

However...“AINI!”...hah! then I turned my head forward...THERE!...to the very front of the class, almost kiss the blackboard (in hyperbola) I guess...AKMAL? Why did he shout my name? Did he saw it? Did he???...then he done a lip sync which I can clearly interpret what he is saying was ‘Meniru ea??’...then, he turned his head towards Ustazah, then... ”USTAZAH! AINI...DIA MENIRU!”...Astaghfirullah~(I sighed and monologs, ‘What the heck he is doing?! How can he at the very front of the class can turned his head to the very back of the class and then caught me cheating?? This is very insane!!’)...then those eyes from the whole class stared at me..so ashamed, too ashamed, very very very ashamed..huhu~~...I'm a dead meat! huhu~ Ustazah then calmly get up from her seat and walked slowly to my place..then she took the Akhlak book or the ‘toyol’ that was already there, on my table..her only words that came out of her mouth, which I can barely remember was, “Ape ni meniru waktu perikse..”,only that?..huhu..Ustazah Esah...you’re just too kind...if other people I guess, for sure I’ll be barred from taking the paper and plausibly barred for the whole next exam paper..huhu~... Ustazah then went back to her seat and do the inspection to my ‘toyol’.. After page by page she turned...she then returned the ‘toyol’ back to me and said “Lain kali jangan meniru dah”...huhu..’Baik Ustazah’, that words just echoed inside my throat..,I can’t talk.,.because I was too ashamed...Well, people might also wondered, what type of cheater who wrote their ‘toyol’ inside an exercise book? and more ridiculously, she's also don’t know which page was the ‘toyol’ was written on??? haiyoo~~... all these because, she herself was never did this kind of ‘toyol-toyol’ things before...who was, ME!...and you see, what happened to someone that got no experience on cheating during exam want to cheat the cheaters? (ape ni mengarot?)huhu...well... The only thing that I can do for that time was just smiled back to my friend, Ziana Zain(not her real name).. I knew she felt guilty (from her face)... and also based on what she said, “Aini...sorry~”...then I replied, “It’s okay” smile (^_^)..hurm~~...It’s not her fault..It’s all my fault... Eventhough I know that she was cheating too...I will not betrayed my friends..Never! And for Akmal..I’m not mad at him...maybe on that time I was really badly mad at him, but just after that, I realized...it was not his fault...not at all..I knew he is such a good guy,he is just telling the truth..I knew Akmal well.. (actually I’m not..haha)...but I’m not mad at him..Peace dude! =) Thanx!.. Despite all of the ashamedness...I continued the exam...answered all the questions by myself..eventhough I know it was the worst exam paper I answered (only at that time..hehe...because for now it was plenty..haha)..

Moral of the story, NEVER EVER TRY TO CHEAT DURING EXAM.. If you don’t get caught by the invigilators, you might get caught by someone like Akmal..haha (just kidding)..if you don’t get caught for now, soon you will be vanished..’Sepandai-pandai tupai melompat, tak menang-menang piala Olimpik juge’...hehek~..Alright, the main reason why am I written this ‘bukak pekung di dada’ story is just to tell everyone that we must:

-Read, understand and beramal with The Quran.

-Learn Tajwid, understand it, remember it, and always use it.

-DON’T YOU EVER TRY TO CHEAT DURING EXAM.

-Force yourself hard to go to ‘majlis-majlis ilmu’. (Reminds yourself for not to surrender easily to the Mr.Laziness)

-Never blame others for the wrong things that we have done.

-Do self-reflections for each of the things that you have done every day and try to fix the problem and also try hard to correct the wrong deed that you have done as soon as possible.

-Never find your enemy, as your true enemy is just inside yourself..your ‘bad attitude’.. well then, try hard to make it ‘good’..(^_^)

à Credits:

-Ustazah Esah (don’t know either she’s still teaching at Sekolah Agama At-Taqwa or not...mish her so much! huhu~)

- Tuan Muhammad Akmal Hakim (now studying MBBS ‘Medical’ at Ain Shams University, Egypt...a becoming ‘Doktor yg bertakwa’...InsyaAllah..amiin~)

-Ziana Zain (as for using her name here...hehe~)

* My KAFA School History:

-Standard 1=> At-Taqwa

-Standard 2=> At-Taqwa

-Standard 3=> Not attended any of the KAFA School (The year when the most of the Tajwid syllabus was teach)

-Standard 4=> Al-Hidayah (forced to this school as to accompany and prevent my cousin from being bullied by aliens..hehe)

-Standard 5=> At-Taqwa (come back again as there’s no more alien disturbing my cousin..haha..all are already kicked out from the earth by me..ngahaha~)

-Standard 6=> At-Taqwa (the best moment I ever had with my buddies there..huhu~)

#UPKK Results:

1. Tuan Muhammad Akmal Hakim (of course, who else?haha..)

2. Afiqah Kamarudin (my clique and my best buddy)

3. ??? (can’t remember..haha)

4.***me

5. ???could be me..aiyoo..I can’t remember la..

6. bla3...


*Alhamdulillah...however, there’s still a few people accused me cheating on other papers too...but I’m not.. \(T_T)/ huhuhuhuhuhuhuhu~~ ...To be frank, since the day..I was really regretted and also realized that; if good people do a bad thing once, forever they will be seen by others as bad people. So, think twice or more before you do something... =) I’m not saying that I was good...hehe~ =p ...(in malay: Ilmu Allah, Dia yang menjaganya..Dia jugelah yg menentukan seseorang tu boleh meniru waktu exam or mempermainkan ke tak ilmu tersebut..Astaghfirullah Rabbal Baroyya...huhu~)..

-the end-

May 11, 2010

OPEN YOUR EYES!!

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
Allah..
Guide us every single day..
Allah..
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

When a baby’s born

So helpless and weak

And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..


Open your eyes and hearts and minds

If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
Allah..
Guide us every single day..
Allah..
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

March 26, 2010

-new state of PiLaH...wee~~

Salam alaik to all u guys...my dearest sahabat..
i'm very excited to meet u all again...obviously..hehe
this post is specially dedicated to my truly cute and happy go lucky bestfriend, Cik Husna ku sayang..hehe~~~(ni ak da update da blog ak..haha)
it's been bout +-4 months i haven't updated my blog..wohoho!!
it seems like i had break my own record..hoho..
the truth is, i haven't got ENOUGH time to update my blog..
actually, mr.time is not the only problem i have to deal with, but....THE WIRELESS INTERNET CONNECTION HERE!!.hoho..
but, everything was fine now....just fine..
my study? hoho.. OK..i guess..hehe..just aiming for 4#..InsyaAllah..i'll try my very best, keep on praying,praying, praying and praying...then just leave it all to ALLAH to determine what's best for me..
i miss my mak..
i miss my ayah..
i miss kak ada..
i miss syafiq, syafiqah and syuhaila..
i'm missing my nenek, atok, ibu, auntie, uncle..
i'm missing dayah, my cousins..
i miss my family..huhuhuhuhuhuhuhuhu~~~~ (T.T)
TOO SAD~~~...REALLY REALLY MISS 'EM ALL....
If i got my personal 'pintu doraem0n', for sure everyday i'll go back to my dearest place, my home at Kuantan..FOR SURE!! huhuhu~~
i miss my friends...especially husna..huhu~~
my friends at KMPh...pijah, kak faizah, kak ina, aida, lala, kak wahidah and all my cliques there..
my friends at TPMCollege..huhu...azrein, kak aisyah, anisah, atiqah, esperanza, NJ, aqi, sarah and all my classmates..BIOTECH A!!! huhu~
now, i'm at a new place..like MR. JO (my BEL 120 Speaking & Reading Lecturer) said, "You're in the middle of jungle", taking microbiology, with a still-too-young university (UiTM Kuala Pilah, N9), meeting new friends, new classmates n so on, makes me realize that life is so much more unexpected than what we normally thought..
ooooohooo~~~, i got to go now, need to take a bath..haha..after this i'm going to attend my session with 'ustaz hanafi'...hehe..c ya all again..INSYA ALLAH..daaa~~~~~
WASSALAM.


December 10, 2009

satu ujian..dan cinta itu hadir...















usiaku kini menjangkau 20-an..
terasa begitu pantas masa berlalu..
sudah tentu, masa akan sentiasa berlalu..
meninggalkan aku lebih jauh jika aku tidak mengejarnya..

pelbagai onak ranjau pengalaman hidup telah ku tempuhi..
suka duka meniti perjalanan hidup sebagai insan kerdil di muka bumi ini..
ada pahit..ada manis..ada getir..
dan kadangkala memerlukan pengorbanan..

suatu ketika..
pernah diri ini alpa dan leka..
pada fatamorgana cinta dunia..
pada manusia, material, dan bahagia yang seketika..

Aduh..
pedihnya hatiku..
tika rasa cinta palsu itu diragut daripadaku..
namun.. perlahan-lahan satu rasa baru yang lebih indah menyusup menyelubungi qalbu..
menyembuhkan segala kedukaan..
mengubati segala luka..
Kau bisikkan kata-kata indah..
Kau alunkan madah-madah cinta..
Kau berikan jiwaku kedamaian..
Kau teguhkan diriku dengan keyakinan..

kini ku melangkah dengan lebih berani..
aku tidak perlu khuatir..
aku tidak perlu bimbang..
aku tidak perlu risau..
kerna ku tahu..diri-Mu sentiasa memerhatikanku..
tidak jemu atau terlepas pandang walau seketika..

kala ku kebuntuan..
sentiasa diri-Mu memberi pedoman..
tika ku kelekaan..
hadir diri-Mu memberi peringatan..
kala ku merasa sedih..
Kau lah satu-satunya yang memberi kebahagiaan..
tika ku kesepian..
Engkau lah yang datang menemani..
sepanjang masa dan ketika..
tanpa pernah jemu..
tanpa mengharapkan balasan..
sungguh mendalam kasih-Mu padaku..

benar, aku yang selalu curang..
aku yang selalu menduakan-Mu..
aku yang selalu melupakan-Mu..
aku yang..aku adalah..akulah yang segala-gala keburukan itu..
namun, diri-Mu masih setia untuk bersamaku..
masih sudi menerimaku kembali..
masih sedia memaafkan ku..
sentiasa mengingatiku..
sentiasa menyayangiku..

maafkan aku..
ampunkan daku..
hapuskanlah segala dosa-dosaku terhadap-Mu..
hanya Kau lah yang Maha Pengampun..

sungguh..betapa hinanya diriku ini..
serasa tidak layak diriku untuk memperoleh cinta dari-Mu..
cinta-Mu sungguh agung..
tidak tertara dengan mana-mana ceritera cinta yang pernah wujud di dunia ini..
cinta-Mu sungguh suci..
sungguh beruntunglah diriku, andai dapat ku miliki..
CINTA DARI-MU..YA ILLAHI~

Nukilan: Aini Syahirah Abd Ghani -12 November 2009- menanti subuh..

hayatilah..ini kisah cinta bukan kisah bunge..


Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu menyukai perasaan hangat yang muncul di hati ketika bersandar di bahunya yang bidang.

Tiga tahun dalam alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai rasa bosan dan lelah dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan halus. Aku merindui saat-saat romantis seperti seorang anak yang menginginkan belaian. Tetapi semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku harapkan dulu. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua harapan tentang kehidupan cinta yang ideal.

Suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai.

“Mengapa?”, dia bertanya dengan terkejut.

“Aku lelah, kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan”

Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan aku semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang dapat aku harapkan darinya?

Dan akhirnya dia bertanya, “Apa yang dapat aku lakukan untuk mengubah fikiranmu?”.

Aku menatap matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan, “Aku ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan mengubah fikiranku: Seandainya, aku menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kau memanjat gunung itu, kau akan mati. Apakah kau akan melakukannya untukku?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Aku akan memberikan jawapannya esok.”

Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya. Keesokan paginya, suamiku tiada di rumah, dan aku menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebuah gelas yang berisi susu hangat yang bertulis…

“Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan aku untuk menjelaskan alasannya.”

Kalimat pertama ini menghancurkan hatiku. Aku lantas terus membacanya.

“Sayang, kau biasa menggunakan komputer dan selalu menghadapi masalah
kerosakan program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Aku harus memberikan jari-jariku supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya.”

“Kau selalu lupa membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku harus memberikan kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan pintu untukmu ketika pulang.”

“Kamu suka jalan2 ke luar kota tetapi selalu sesat di tempat-tempat baru kamu kunjungi, Aku harus menunggu di rumah agar dapat memberikan mataku untuk mengarahkan jalan untukmu.”

“Kamu selalu kelelahan pada waktu ‘teman baikmu’ datang setiap bulan, dan aku harus memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang kebas.”

“Kamu seorang yg suka diam di rumah, dan aku selalu khuatir kamu akan menjadi ‘aneh’. Dan aku harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkanmu di rumah atau meminjamkan lidahku untuk menceritakan hal-hal lucu yang aku alami.”

“Kamu selalu menatap komputermu, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan matamu, aku harus menjaga mataku agar ketika kita tua nanti, aku masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabuti ubanmu.”

“Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna2 bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu”.

“Tetapi sayangku, aku tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, aku tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematianku.”

“Sayangku, aku tahu, di luar sana ada banyak orang yang mampu mencintaimu lebih dari aku mencintaimu.”

“Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan tanganku, kakiku, mataku, tidak cukup bagimu. Aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan, kaki, dan mata lain yang dapat membahagiakanmu.”

Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tintanya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk membaca selanjutnya…

“Dan sekarang, sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika kau berpuas hati dengan semua jawaban ini, dan tetap menginginkanku untuk tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, aku sekarang sedang berdiri di luar pintu menunggu jawapanmu.”

“Jika kamu tidak puas, sayangku, biarkan aku masuk untuk mengambil barang-barangku, dan aku tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah, kebahagiaanku adalah apabila kau bahagia.”.

Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah keliru sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaanku.

Oh, kini baru aku tahu, tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku lebih dari dia mencintaiku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasakan pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam bentuk yang kita inginkan, maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam bentuk lain yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.

Seringkali yang kita perlukan adalah memahami bentuk cinta dari pasangan kita, dan bukan mengharapkan bentuk tertentu kerana cinta tidak selalu harus berbentuk “bunga”.