June 28, 2016

27th on 23rd

23 Ramadhan 1437 : 28 Jun 2016



Happy Birthday to me! 😁

Baru perasan yang hari ni birthday aku dalam Kalendar Hijrah.

Dan kalau ikut Tahun Hijrah ni, dah 27 tahun umur aku sekarang. 😅

Okay fine. Dah tua sangat.

Lalala. Kahkah.

-the end-



Friend Zone & Mix Signals



To singles out there

Please...

Be happy.
Be patient.
Have fun.

But
stay away from the
friend zone and mix signals.

It's a lesson I learned the hard way.

...

-yugisyahirah-

June 14, 2016

Mengikut Arus

Kau, aku dan dia...
Kita lihat, sejauh mana permainan masa menghanyut membawa kita...
Aku kini hanya mahu mengikut arus kerana aku tak lagi punya tenaga melawannya...
Biar Dia menentukan segala...
Mungkin ajal menjemput itu lebih awal dari bertemunya jodoh...
Siapa tahu... aku juga tak tahu...
Kerana aku cuma insan kerdil, yang berbatas akal dan fikirnya.

-yugisyahirah-


Picture taken: Taman 1000 Bunga, Melaka (2010)




June 9, 2016

I'm technically single but...






hei...

macam sedih kan...

hahaha..


Salam Ramadhan 2016! 😄



okay sambung balik ayat mula-mula tadi..

macam sedih kan...

tapi bagi aku, fasa sedih dalam hati aku ni dah beransur pergi.. (mungkin sebab aku terlalu sibuk dengan study dan tak banyak masa nak layan perasaan sangat 😅)

hatta seteruk mana kau sayang atau suka seseorang tu,

kau kena tahu yang tak semestinya kau akan dapat balasan yang sama.


yes.. kau kena rasa tahap rejection yang maha dahsyat untuk kau betul-betul sedar dan terjaga dari lena bahawa dalam dunia yang fana ni, tak semua yang kita suka atau nak tu kita akan dapat..


sifat dan perangai aku, kalau betul aku suka dan aku sayang maka aku tak selindung atau berdiam... ada peluang aku luahkan.. mungkin sikap semberono aku ni tak elok tapi bagi aku, menda ni akan buat aku belajar akan erti tak mudah putus asa... sebab kau percaya dengan usaha doa tawakkal, one day hajat dan hasrat kau akan termakbul..


Tapi.. tapi.. dan tetapi..


bila bukan sekali dua kau nyatakan sayang kau dan sudah banyak kali kau luahkan apa yang ada dalam hati kau,

tapi apa yang kau dapat cuma seen, bluetick atau respon 'like nothing happened' daripada seseorang yang kau sayang tu...


makanya.. dan makanya... maka kami rakyat malaysia... hmm merepek.. heh


makanya,

haruslah kau sadar...

bahawa cinta dan sayang itu nggak boleh dipaksa atau diprovokasi untuk muncul..

andai luahan atau ekspresi sayangmu itu kelihatannya bisa buat si dia rasa serba salah atau tidak selesa, disitu sudah muncul petanda bahawa kau perlu stop. Berhenti. Total.


bukan berhenti menyayangi atau stop suka... no.

tapi berhenti menyakiti hati dan melukai hati masing-masing.. yes.. hati kau dan juga hati dia.


rasanya sudah cukup faham dan jelas dia tentang perasaan kau dan apa yang ada dalam hati kau... namun harus kau faham..

yang suka sayang dan cinta kan tak boleh dipaksa-paksa...


Jadinya,

kau lepaskanlah..

kau biarkan Dia sahaja yang menentukan segala..

bukan kerana kau dah berputus asa atau sebab dah tak sayang,

tapi sebab kau percaya dan kau berpegang teguh dengan satu perkara bahawa:


"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216)



Jadi, kembalilah...

Kembali pergi ke meja tu dan study ye yugi oi !


Sudah sudah.

Buh-byeeeee! See yaaa! 😄



Saranghaeyo...


March 11, 2016

Letih.

Letih. Aku dah letih cuba memahami. Aku dah letih untuk terima semua yang dah jadi adalah salah aku semata-mata. Aku dah letih dilayan macam sampah. Aku dah letih dituduh tidak peka dengan perasaan orang. Aku dah letih dijadikan sebagai 'yang jahat' setiap kali salah faham terjadi. Aku dah letih menyebelahi orang yang dah banyak kali mendera perasaan aku. Aku dah letih mengalah. Aku dah letih mengalir air mata dan berjaga sepanjang malam hanya untuk berfikir apa kesalahan yang aku dah buat sampai kau sanggup bertindak menyeksa perasaan aku termasuk orang-orang yang ada disekeliling aku. Aku dah letih dituduh sebagai pengkhianat bila aku cuba membetulkan keadaan. Aku dah letih dengan semua andaian-andaian kau. Aku dah letih dengan penyokong-penyokong kau yang tak tahu hujung pangkal cerita lagi menambah minyak dalam api. Aku dah letih menahan marah. Aku dah letih bersabar dan berdiam diri. Aku dah letih untuk percaya bahawa semua tindakan yang kau buat tu kerana kau sayangkan aku. Aku dah letih dengan semuanya. Aku dah letih menjaga hati kau.

Apa kau lupa yang aku juga ada hati dan perasaan? Kalau betul kau kawan aku dan sayangkan aku, kau takkan sanggup buat aku macam ni. Bukan sekali dua kau tiba-tiba buat tak endahkan aku dan menjauhkan diri daripada aku, dah banyak kali. Tapi aku cuba faham yang mungkin aku ada buat salah atau kau ada terasa hati dan kau perlu masa untuk tenangkan diri. Takpe aku terima. Dan bila kau dah ready selepas beberapa hari kau biar aku dalam perasaan bersalah dan tanda tanya, kau datang jelaskan sebab dan minta maaf. Aku terima dengan hati terbuka dan terus maafkan kau tanpa mengungkit apa-apa walaupun aku tahu yang aku tak layak dilayan macam tu hanya kerana salah faham kecil, hanya sebab kau terasa hati dengan aku dan hanya kerana aku menumpang duduk di rumah kawan yang lain bukan di rumah kau, hanya kerana aku jarang mengadu apa-apa pada kau dan hanya kerana kau rasa aku lebih mengutamakan kawan yang satu lagi sebab kau rasa aku buat macam tu sebab dia lebih pandai berbanding kau. Ada pernah kau fikir perasaan aku ketika kau lontarkan semua kesalahan dan andaian-andaian tu pada aku. Ya. Memang kau akan datang meminta maaf setiap kali kau buat perkara yang sama lagi, tapi dalam masa yang sama kau sebenarnya menyatakan bahawa memang aku yang salah dan salah dan salah. Dan memang patut aku terima layanan yang macam tu. Aku terima semua tuduhan kau dan meminta maaf sepenuh hati sebab aku percaya mungkin aku ada terlepas pandang dengan tindakan aku yang tanpa sengaja dah menyakitkan hati kau dan buat kau terasa. Aku lupakan segala yang kau dah buat dan percaya yang aku lah punca dan aku lah yang selalu bersalah dalam hal kita berdua. Aku. Aku. Dan aku. Aku tak sanggup biar permintaan maaf kau tergantung lama tanpa jawapan dan kerana aku sayangkan kau dan aku tak mahu kau rasa terseksa, tanpa bertangguh terus kau aku maafkan dan aku lupakan segala yang dah jadi.

Tapi, bila sekali aku tersilap perhitungan dalam usaha untuk membetulkan salah faham antara kau dengan kawan yang lain,  untuk menjernihkan keadaan dan memulihkan semula keadaan yang dah makin janggal..terus aku diberi gelaran sebagai pengkhianat. Pengkhianat kerana cuba mendamaikan dua pihak. Pengkhianat kerana tak memberitahu dahulu kepada kau tentang usaha aku untuk menghilangkan salah faham antara kedua belah pihak. Pengkhianat kerana kau belum bersedia untuk berdamai. Sedangkan aku pernah bertanya jika orang tu datang memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar, adakah kau akan terima? Kau jawab ya. Aku berpegang pada apa yang kau cakap. Bukan atas dasar aku memandai-mandai atau sengaja ingin menjatuhkan kau atau sesiapa. But well, as usual kau letakkan semua kesalahan itu atas aku. Kau jangkakan aku untuk menjelaskan kepada kau sesuatu yang aku tak tahu apa yang kau fikirkan ketika itu. Memang aku menasihati dia untuk berjumpa dengan kau, meminta maaf dan menjelaskan hal sebenar. Dia juga tak senang hati dan mahu salah faham antara korang selesai segera. Tapi waktu tu kita still dalam exam week dan kerana aku tak nak emosi dan fikiran kau terganggu, aku menasihatkan dia untuk berjumpa lepas selesai semua exam. Bagi kau selepas paper last tu pun masih bukan masa yang sesuai untuk berjumpa. Ya, mungkin kerana kita semua kepenatan dan tak cukup tidur waktu tu. Tapi bagi dia, bila lagi dia dapat berjumpa dengan kau? Secara logiknya, bila lagi? Ada kau fikirkan tentang hal tu? Entahlah. Aku tak tahu apa yang kau fikirkan. Cuma yang aku tahu, kau tak sedia tak sedia dan tak sedia. Entahlah. Gamaknya, begitu besar dosa aku hinggakan diberi gelaran pengkhianat. Namun aku redho. Aku menyesal bertindak sebagai orang tengah dan kalau boleh diputar masa balik ke waktu sebelum tu, takkan sesekali aku masuk campur dalam urusan kau dan siapa-siapa lagi. Pernah kau terfikir sepanjang cuti sem yang sebulan lebih tu apa yang dah jadi pada aku? Waktu tu, takde sorang pun yang betul-betul berpihak pada aku. Semua mengatakan yang aku tak memikirkan perasaan kau. Aku tak sensitif dengan apa yang kau rasa. Aku begitu begini. Semua membuat andaian yang bukan-bukan. Malahan ada yang siap menambah lagi. Kan? Aku dibiarkan tertanya-tanya akan apa kesilapan sebenar yang aku dah buat sampai kau langsung tak mempedulikan aku, menyeksa hati aku dan tak memberi peluang untuk aku menjelaskan hal sebenar. Begitu besar dosa orang yang cuba mendamaikan dua pihak. Sebulan lebih. Sebulan lebih aku terseksa tanpa jawapan daripada kau tentang permohonan maaf aku. Sebulan lebih kau biar aku menderita seorang diri dengan semua kawan-kawan lebih berpihak pada kau berbanding aku. Hanya kerana sekali aku tersilap membuat perhitungan. Sebulan lebih kau seksa hati perasaan aku. Itukah tanda kau sayangkan aku? Care pasal aku? Entahlah. Dalam hal ni jugak, aku mengaku aku salah. Aku mengalah. Aku letakkan semua atas kesalahan atas aku yang bodoh cuba mendamaikan orang yang takkan mungkin boleh berdamai macam biasa. Aku yang salah dan salah dan salah, sebab kau tak cukup bersedia. Dan semua harus akur dan menerima selama mana masa kau nak ambil untuk kau betul-betul bersedia nak beri kemaafan kepada orang. Tapi bila kau meminta maaf, kau jangkakan orang untuk segera memaafkan kau. Biar apa pun yang kau lakukan pada orang lain, walau sesiapa pun yang bersalah, orang tu harus tunggu untuk kau bersedia, orang tu harus memahami perasaan kau, orang tu kena mengikut cara kau. Kenapa perlu sampai macam tu? Apa kau lupa yang orang lain juga punya hati dan perasaan? Ada kau tahu serapuh atau sekuat mana hati seseorang tu? Jangan kau fikir kau seorang saja yang pernah berada dalam keadaan paling down dalam hidup kau. Jangan kau fikir kau saja yang pernah dilayan dengan teruk dalam hidup ni. Kau tak tahu sepenuhnya apa yang aku dah lalui sepanjang hidup ni. Kau tak tahu kenapa banyak kali aku maafkan kau walaupun berulang kali kau buat perkara yang sama yang melukakan hati aku. Sebab aku percaya manusia boleh berubah asalkan diberi peluang. Dan sebab utamanya, aku sayangkan kau. Entahlah. Mungkin kau tak pernah buat salah kat orang lain sampaikan payah sangat kau nak memaafkan dan melupakan dan memberi peluang kedua. Mungkin perkataan second chance tak pernah wujud dalam hidup kau. Semua orang harus diseksa hati dan perasaan sebelum dapat kemaafan dari kau. Entahlah. Aku tak dapat nak memahami kau lagi. Aku tak dapat nak halang kau daripada berandaian yang bukan-bukan terhadap aku. Aku tak berkuasa nak bendung kau daripada overthinking dan berfikiran negatif. Aku tak mampu nak mengalah lagi dan melupakan apa yang kau dah lakukan berulangkali terhadap hati jiwa dan perasaan aku. Dan yang paling tak dapat aku terima adalah tindakan kau yang sakit hati dan kecewa dengan aku tapi sekaligus menyeksa dan menyusahkan orang-orang yang ada dengan aku waktu tu. Aku dah penat sebenarnya. Terlalu penat. Sekarang, terserah. Buatlah apa yang kau rasa betul dalam fikiran kau. Aku minta maaf sebab aku dah tak dapat nak bersabar. Thats it.

Jujur, aku - aini.

August 6, 2015

Pergi Ostrolia Jadi Pemetik Anggur Gaji RM5k Up Up and Beyond

Salam..

nah kawan-kawan

http://petikanggurstrawberry.blogspot.com/

ni link website untuk sape-sape yang nak kerja kat oversea lepas tu suka pulak petik buah anggur dan strawberry. Soooo, boleh la apply kerja ni.

Cepat cepat ! Offer terhad. Update terkini tinggal 5 kekosongan sahaje.

Good luck! ^^

p/s: Cara nak petik buah strawberry (untuk yang self-pick) kalau nak elak cepat jadi masam (kalau korang gi petik kat ladang Cameron Highland dan lepas tu nak bawak balik kampung halaman masing-masing yang beriklim tropika hutan hujan khatulistiwa) jangan cabut terus dari pangkal buah tapi patahkan atas sikit pada stem buah tu dengan itu buah strawberry anda yang dipetik dapat bertahan dengan lebih lama dan boleh dinikmati bersama-sama insan tersayang di kampung halaman yang tercinta~

April 23, 2015

nak jadi penulis blog seram

haha..

serius ni?

omg omg omg

tengok lah dulu kalau rajin.. asbab nak menulis siapkan thesis pun malas gaban.

tapi

kalau dah rajin nanti kan

what shall i name the blog? :P

k bai. ^..^

Zomba UiTM Arau

April 2, 2014

Mimpi

Ceritakan padaku,
Cerita yang terdahulu,
Kisah cinta yang pernah kau tahu,
Sempurna selalu pada kau dan aku,
Ceritakan semua,
Cerita kita cipta bersama,
Kisah terindah pernah ku rasa,
Selama pernah jantung ku bernyawa,
Berdua hanya kau dan aku...

Andai ini hanya mimpi,
Biar aku begini,
Biar terus ku lena sampai kau tiba...

Andai ku hanya bermimpi,
Biar aku begini,
Sampai ketemu lagi aku disini...

Ceritakan padaku,
Ceritakan padaku selalu,
Kisah yang takkan mungkin pergi lalu,
Selama hidup aku denganmu,
Bersama mengharungi semua...

Bawa daku ke angkasa,
Memetik bulan bintang,
Bawa ku terbang bersama,
Jangan kau lepaskan,
Jangan kau tinggalkan semua...

Biar saja begini,
Biar terus ku lena,
Sampai kau tiba...

Andai ku hanya bermimpi,
Biar aku begini,
Sampai ketemu lagi,
Aku disini...

Andai semuanya mimpi,
Biar saja ku terus begini,
Ku mahu terus kisah cinta kita,
Terus sampai hujung masa...

-AisyahAzizAF2013-

March 20, 2014

Maaf & Lupa

Salam :)

Tak banyak benda nak tulis dekat blog ni. In fact, dah berkurun tak update. Sebab utamanya sudah tentu adalah malas. lalala~ ;P

Sekarang aku di semester 4, di Arau lagi. Dah pindah duduk kolej bukan rumah sewa dah. Dengan harapan suasana kondusif hostel on-campus dapat buat aku lebih fokus study. Katanya.. haha

Apa-apapun tahniah diucapkan untuk semua adik-adik yang dah dapat keputusan SPM hari ni. Tahniah untuk yang dapat result gempak, syukur Alhamdulillah. And to those yang result biasa-biasa gempaknya pun tahniah jugak sebab dah berjaya lepas dan dapat sijil SPM. Syukur atas segala kurniaNya sama ada baik ataupun tidak.

Oh.. terkenang suasana di Madinah dan Mekah umrah hari tu...
Rindu sangat nak ke sana lagi..
Hadiah teristimewa yang aku terima daripada Allah SWT selepas berbagai dugaan waktu semester 3 yang lepas.
Dugaan iman, hati dan persahabatan.
Syukur semua kerana Allah dah settlekan.. aku hanya mampu berdoa dikuatkan hati untuk menghadap semua tu. Dan syukur Allah sudah makbulkan. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :)

Pengajaran yang banyak aku terima setakat hidup aku hari ni.
Berjumpa dengan wajah-wajah lembut berkata manis yang dalam senyap menikam kita dari belakang.
Lebih kenal akan manusia-manusia yang berjanji untuk bersama susah senang tapi hilang bila kita memerlukan.
Banyak lagi yang tak mampu untuk aku nyatakan di blog ni.

Tapi yang manisnya, dapat aku kenal mana sahabat yang harus aku dampingi yang mana boleh mendorong aku menjadi orang yang lebih baik dan yang mana harus aku jadikan sekadar sebagai kenalan sahaja.

Selama beberapa lama kenal, sekarang baru aku sedar dan nampak. Mungkin mereka tak berniat begitu, tapi segala tindakan mementingkan diri mereka itu telah buat aku menderita dan sakit. Tak apa, aku dah maafkan mereka. Cuma aku tak mahu dipaksa supaya melupakan. Sebab biarlah masa memainkan peranannya meluputkan ingatan aku tentang semua yang dah berlaku. Aku anggap semuanya sebagai satu kaffarah yakni penebus terhadap semua kesalahan dan dosa-dosa yang dah aku lakukan sepanjang aku menumpang hidup di atas bumi Allah ini. Dengan itu aku redha akan semua yang dah berlaku. :')

Tak tahu apa lagi nak ditaip.
Jadi setakat ini sajalah.
Jumpa lagi di lain post. InshaAllah. Wassalam. ^_*


p/s: #prayformh370 #prayforsyria #prayforgaza




January 25, 2013

sketch up style selendang terbaru!

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wassalam...

Assalamu'alaikum wbt.. :)

today..(heheh, cakap omputeh sikit lah..hahah)
aku rasa nak buat sketch 
konon nak design style pakai selendang yang baru
yang nampak unik but cantik
yang lain daripada yang lain
yang still ikut syariat
lalu terjadilah kejadian tersebut atas kertas A4 putih yang aku mintak daripada adik aku

then, inilah dia



huh
alih-alih aku sketch style pakai selendang yang aku selalu buat
hahaha
memang dah tak reti nak buat style lain
sampai aku nak sketch pon aku takde idea nak wat style yang macam mana
automatically dia jadi camni

hahah
hah
hah
hoh

tu je
kbai!

wassalam
;)






January 24, 2013

Ya hana na...

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wassalam...

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa.
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan...
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam...

Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu...

Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, 
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah. 

Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang, 
Tuhan kepada seluruh Alam

Wahai Kekasihku Wahai Muhammad 
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.


Law kaana bainana
ya Rasulullah
wahai kekasih Allah

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wassalam...

:']

January 7, 2013

Ultra-man Bukan Sempurna

Assalamu'alaikum wbt.
;]

Semalam tengok kat YouTube

Seekor raksasa
datang serang bumi Jepon lagi

raksasa diatas ini mungkin adalah hasil daripada
permutasian sotong celop tepung yang telah dapat menyelamatkan diri
daripada menjadi santapan enak
sebagai lauk sampingan hidangan utama tomyam campur
dan kailan ikan masin 
beserta ayam masak kicap
juga telor dadar

heh

lapar pula rasa macam termengidam

huahaha

tapi Japanese sekalian tak risau atau bimbang
seperti biasa
Ultraman datang membantu




sotong pon terkejot

 mungkin recall balik bunga silat

sotong sangat terkejot sampai tak terkata apa-apa


 this is gangnam style maybe

ponnn boleyyy..


i want nobody-nobody but u..

ok..sotong masih terkejot
hahah XD

kesian Ultra-man

takpe
aku paham
setiap makhluk tiada yang sempurna
semua pon mudah lupa

kita kena terima kelemahan ultra-man
sebagaimana kita nak orang terima kekurangan atau kelemahan kita

cheer up ultra-man!

ending dia
maybe sotong raksasa tu
mati terkejot
kot

heheh

bai! 
;]]]

p/s: link Ultraman Lupa Skill ---> http://www.youtube.com/watch?v=GxetjaKXU5A






January 5, 2013

geureoke johatdeon geoni nal beorigo tteonal mankeum

geureoke johatdeon geoni nal beorigo tteonal mankeum?

meaning: 'did you like her that much that you had to leave me?'

suka lagu  Ailee - I will show you
part lirik atas tu aku paling suka
suka suara dan senyuman Ailee
hehe



tu je..
daa

:]

aku dan dia serasi bersama

assalammu'alaikum wbt! 
hehe
heh

aku tak sangka
speed dan skill menaip dia boleh sama dengan aku
time aku bosan-bosan
aku bukak google search dan taip sambil menyebut perkataan 'buhsan'
lalu terjadilah hal demikian seperti dalam gambar dibawah



wow! amazing!
akhirnya aku jumpa orang yang serasi dengan aku
hahahaha

ok
aku memang sikit berasa bosan time wat entry ni
tapi tak sangka
haha

ok
saje buat title gempak
nak suruh orang baca
hehe

tata bai!

wassalam :]

January 3, 2013

bodoh sungguh aku


shameful..
mungkin orang kisah sangat (yahoo media barat lah yang duk mengisahkan sangat tu)
semata-mata nakkan nama yang 'stylo' dan 'legend' itu
tetap nak fight saman untuk nama yang tak diluluskan korang punya government
sanggup la turun naik court nak fight dan fight punya fight la kan
rasanya kalau just terima je mana-mana nama yang dibenarkan
takde lah sampai problem sangat sampai dari kecik kau tak bernama
nak buat ic, lesen, pinjaman bagai tu jadi tergendala dan
masalah sangat kan..
macam hal korang tu boleh bawak malapetaka seantero dunia
tergugat keselamatan seluruh penduduk benua antartika (sukahati aku nak taram benua manapon) tu
pastu ekonomi jadi meleset
kanak-kanak kebuluran tiada tempat nak berteduh
bagai-bagai lagi la kan
korang punya kecoh nak satu dunia kesah kan
degil punya worang
masalah tu sendiri dicari
hidup kat dunia ni sekejap je la adoi!

adoyaipehalkaucamnisangatadoi!

doi doi adoi!

walhal,
aku rasa yang kanak-kanak, wanita dan rakyat palestin tu siap
mati-matian fight untuk agama, tanah, udara, air, kebebasan, family dan kehidupan diorang
dan nyawa diorang pulak tu!
takde lak korang yahoo media barat ni nak gembar-gemburkan sangat kan
banyak rubbish punye news
kadang-kadang memang terang-terangan nampak tak payah selindung-selindung dah keyahoodian diorang ni
suka mengalihkan perhatian manusia seluruh dunia ni
to something yang bodoh tak perlu nak diconcernkan pun
to something yang sedap (mcD), lagho, seksi-meksi, gosip, retis-retis dan selebriti kambingan hitam
to something yang dapat alih perhatian orang ramai daripada kelakuan kebinatangan biadap korang terhadap umat Islam especially di Palestin kan
aku pon rasa bodoh terhina sangat sebab still guna kau punya mail-service, dan banyak lagi
sampai sekarang..bodoh terhina..
dulu dan sekarang pun..still ada guna menda-menda korang punya..bodoh terhina
still bodoh terhina..aku dibodohkan dihinakan korang-korang yang bodoh hina..
sanggup diperbodohkan diperhinakan dengan perbuatan korang yang berniat untuk memperbodohkan memperhinakan aku..

berapa kali nak save tak pass kot
ogak-ogak la nak cover kot
kot lepas ni ada pulak nak saman aku pasal post ni
chill, kata hak kebebasan bersuara
suko hati den lae jang..
ekau jangan nak membongak..
hah hah

ok, aku emo post entry ni
lepas aku check inbox yahoo hina aku
mungkin sebab aku penat mengajo maths kat sk balok
aku penat otak dan sekarang emo
haha haha haha
dan sekarang aku gelak sorang-sorang
mungkin gelak dapat rendahkan paras emo dalam otakku

dah
sudah cukup sudah
aku nak pergi menurunkan suhu
mungkin mandi dapat menenangkan keemoan yang terserlah
harapan semoga mandi ini dapat mempercepatkan jodoh
hahah
sudah lah
bai

wassalaam. :] senyum biar tak emo suda



December 27, 2012

Calon Suami Untuk Kakak ^^


Assalamu'alaikum wbt~ :))

wuwuhuhu..wuhuhu


aiyoo..risau jugak fikirkan nenek yang semalam yang nak ambil wudu' untuk solat isyak jatuh kat depan pintu bilik air..
mujo tak terok.. jatuh terduduk tapi sempat tahan guna tangan..
end-up, tangan nenek luka sikit dan lutut cramped sikit..
tapi orang tua, kalau dah jatuh memang satu badan akan sakit..
kesian nenek.. 
ingatan untuk semua la kan, 
lain kali kalau after mandi ke shower ke kan, buih sabun banyak-banyak tu, make sure lantai bilik air tu dah takde tinggal sisa-sisa buih sabun dah.. jangan lupa untuk jirus dengan air bilas lantai tu bersih-bersih..

kalau bukan nenek korang yang tergelincir, korang sendiri pun boleh tergelincir kalau macam tu..
(semalam dah sound adik kaw-kaw punye..hohoho)

hopefully nenek cepat sembuh, sihat dan dapat pegi kelas ratib sama-sama semula..
sayang nenek~ hee~ :B

title kat atas tu macam gempak aje kan?? hahaha
actually, before entry ni ditaip.. aku ada bacakan doa mendekatkan jodoh untuk kakak aku..
hahahaha.. jahat pula dirasa.. tapi, tu lah apa yang aku nak.. moga kakak aku bertemu dengan jodoh yang baik..aamiin~ ^^ then, pastu aku boleh cepat-cepat bertemu jodoh pulak laa...eh? hahahahaha gurau jerkkk.. :P

nah! ini doa yang boleh korang amalkan untuk mendekatkan jodoh bagi siapa-siapa yang korang nak tolong doakan or untuk diri korang sendiri ponn boleyyyy~hehehe



so, baca-bacalah dan selamat beramal! weeeeeehuuu~ ^_*

#doa kan senjata orang mu'meen~ =]]

Tiba-tiba aku rasa nak upload gambar ni, haji dan hajjah dedi and mami.
hehe~

itu aje.. daa~ tata     :)


December 26, 2012

April 24, 2012

Mengingati Mati

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ :)
another post from  the book '600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA Jilid 2'..

Feel free to share this but please give credit to those highlighted names below, okay~ ^^
Jazakallahu khairan kathira!

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)
Oleh:
Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh
Ustazah Fatimah Omar
Selenggaraan:
H.M. Tuah Iskandar


BAHAGIAN 1

3. MENGINGATI MATI

S Sejauh manakah benarnya tanggapan setengah golongan yang mengatakan bahawa banyak mengingati mati akan menyekat kemajuan, pembangunan dan kejayaan manusia?

J Mati pasti akan tiba. Firman Allah S.W.T. maksudnya;
   "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."
Sama ada seseorang itu mahu mati atau tidak mahu mati, kematian iu pasti akan datang. Sebab itu dalam ajaran Islam, mengingati mati merupakan sesuatu yang dituntut. Mengingati mati mempunyai kelebihan yang tersendiri bagi orang yang hidup di dunia dan istimewanya untuk di Akhirat. Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut tentang mati tidak kurang 20 kali dalam sehari. Malah baginda pernah menyarankan kepada umatnya yang bermaksud; "Perbanyakkan mengingat-ingat tentang perkara yang menghapuskan kelazatan (maut)".
   Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya tentang siapakah orang yang pintar di antara manusia, jawab baginda, mereka itu ialah orang yang memperbanyakkan mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapi mati.
   Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; "Sesungguhnya orang Mukmin itu, ketika dijemput oleh maut, digembirakan dengan memperolehi rahmat Allah, maka dia pun amat suka bertemu dengan Allah, maka Allah S.W.T. pun suka bertemu dengannya. Manakala orang kafir pula ketika dijemput maut, diberitakan kepadanya akan mendapat azab Allah, lalu dia pun benci bertemu Allah, maka Allah pun benci bertemu dengannya."
Ustazah  Fatimah Omar

H
URAIAN
Jelaslah, pendapat yang mengatakan mengingati mati akan menyekat kemajuan dan kejayaan adalah pendapat yang silap kerana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat adalah yang paling banyak mengingati mati, tetapi sejarah menceritakan merekalah orang yang paling maju dan bertamadun malah mereka mampu menawan dunia.
   Mereka yang berpendapat demikian, sebenarnya jahil dalam banyak hal. Mereka menyangka orang yang selalu ingat mati akan berkurung di dalam rumah, buat ibadah saja.
   Apa tidak bijakkah, seseorang yang memikirkan sesuatu yang akan tiba lalu membuat perancangan untuk menghadapinya? Untuk itu dia akan bersedia dengan amalan khidmat kebajikan sebanyak mungkin. Kerana dia tahu segalanya akan dihisab yang akan menentukan ke mana sudahnya selepas itu, apakah ke Syurga atau Neraka yang penuh sengsara.

Sumber gambar: http://www.iluvislam.com/

Ditaip semula ke blog oleh:
Aini Syahirah Abd Ghani

April 23, 2012

RIP - Baby

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~

No words can describe my feelings right now..
but the thing is, 
let bygone be bygone,
Innalillahi wainnailaihi rojiuun
from Allah we come and to Allah we return.

Selamat Tinggal Baby!
Hope to see u again sayang~

BABY
22 APRIL 2012
Rest In Peace

Based on the date tu, Baby actually dah pergi semalam..
Baru petang tadi Ayah dapat call from Klinik Haiwan tu..
Time pegi amek tu, Baby dah siap dikafan dan dibalut dengan plastik,
seperti dalam gambar kat atas ni,
maybe untuk elak virus yang dia ada tu daripada merebak.

Sebelum Ayah pergi kebumikan Baby tu, 
aku sempat dukung Baby buat kali terakhir dan snap gambar ni..

Ouh..sedih..

Sekarang,
pengubat rindu aku kat Baby adalah,
makhluk ni haa..
hahah..
ni Mak aku bagi kat aku..
sebab aku bising cakap..
kakak aku ngan adik aku ada bear..
nape aku takde..
 hahahaha XD

lagipon, 
Baby pernah main dengan toy cinonet ni..
mane tahu kot-kot ade bau-bau Baby yang melekat kat toy ni..
haha..

giler kan..
lantak ler..
suke ati i ler..
u ade?
heheh

ok la..
nak join Ayah ngan Mak tengok movie kongfu lawan-lawan
'Pedang Terbang Kepunyaan Pintu Pagar Naga'
haaaa..
tu tajuk dye yang aku translate bulat-bulat melayu..

olaitlah!
takmo sedih-sedih daa..

tata!

wassalam~ ^^

April 22, 2012

Mengubati Penyakit Hasad Dengki

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ :)
another post from  the book '600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA Jilid 2'..

Feel free to share this but please give credit to those highlighted names below, okay~ ^^
Jazakallahu khairan kathira!

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)
Oleh:
Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh
Ustazah Fatimah Omar
Selenggaraan:
H.M. Tuah Iskandar


BAHAGIAN 1

2. MENGUBATI PENYAKIT HASAD DENGKI


S Bagaimanakah caranya hendak menghapuskan penyakit-penyakit mazmumah atau penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki dan iri hati yang menjadi punca perpecahan umat Islam kini?

J Agama Islam adalah agama yang suci dan diterima oleh Allah S.W.T. Ia mengajar manusia menjadi hamba yang beriman, taat dan berakhlak baik. Pada asasnya agama Islam dibangunkan oleh kekuatan yang unggul iaitu iman dan ukhuwah. Tidak mungkin agama ini dapat ditegakkan dalam suasana perpecahan.
   Rasulullah s.a.w. telah berjaya mendidik para sahabat supaya menyintai saudara mereka lebih dari diri mereka sendiri dan tidak berhasad dengki atau iri hati tetapi sanggup berkorban untuk kepentingan bersama.
   Kini penyakit mazmumah itu telah menular dengan meluasnya di kalangan orang Islam hingga menyebabkan berlaku perpecahan. Keadaaan ini disebabkan daripada hati yang berpenyakit. Tiada sebarang ubat yang boleh menyembuhkannya melainkan kesedaran diri sendiri untuk mengubati penyakit itu daipada terus melarat.
   Punca utama penyakit ini tidak lain kerana manusia terlalu menyintai dunia dan menjadikan ia sebagai tunggak kehidupan. Masing-masing cuba memenuhi selera dan kepentingan diri dan bukannya memikirkan masalah orang lain. Kasih sayang sudah tiada lagi dan kebanyakkan arahan Rasulullah s.a.w. diketepikan.
   Setelah kita mengetahui puncanya, mudahlah kita mengubatinya, lihatlah sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud; "Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu menyintai saudara kamu seperti kamu menyintai diri kamu sendiri."
Ustazah Fatimah Omar

HURAIAN
Daripada hadis itu, dapatlah difahami bahawa imanlah yang menjadi ubat paling mujarab. Untuk mendapatkan iman hanyalah dengan berasa takut kepada Allah, gerun kepadda Neraka-Nya dan rindukan Syurga-Nya. Setelah itu kita kembali kepada suruhan Allah dan rasul-Nya iaitu berbaik-baik dan berkasih sayang serta menganggap segala nikmat itu adalah pemberian Allah S.W.T.
   Dalam hidup ini kita memerlukan bantuan orang lain. Hendaklah kita selalu ingatkan diri sendiri bahawa orang yang bersifat mazmumah bukan di kalangan ahli Syurga. Bukan sahaja Allah dan Rasul benci bahkan seluruh manusia membencinya. Oleh itu tanamkan sifat tawaduk sesama manusia.

^_^

Sumber gambar: http://lindalalink.blogspot.com/
Ditaip semula ke blog oleh:
Aini Syahirah Abd Ghani