Showing posts with label Bahagian 1. Show all posts
Showing posts with label Bahagian 1. Show all posts

April 24, 2012

Mengingati Mati

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ :)
another post from  the book '600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA Jilid 2'..

Feel free to share this but please give credit to those highlighted names below, okay~ ^^
Jazakallahu khairan kathira!

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)
Oleh:
Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh
Ustazah Fatimah Omar
Selenggaraan:
H.M. Tuah Iskandar


BAHAGIAN 1

3. MENGINGATI MATI

S Sejauh manakah benarnya tanggapan setengah golongan yang mengatakan bahawa banyak mengingati mati akan menyekat kemajuan, pembangunan dan kejayaan manusia?

J Mati pasti akan tiba. Firman Allah S.W.T. maksudnya;
   "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."
Sama ada seseorang itu mahu mati atau tidak mahu mati, kematian iu pasti akan datang. Sebab itu dalam ajaran Islam, mengingati mati merupakan sesuatu yang dituntut. Mengingati mati mempunyai kelebihan yang tersendiri bagi orang yang hidup di dunia dan istimewanya untuk di Akhirat. Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut tentang mati tidak kurang 20 kali dalam sehari. Malah baginda pernah menyarankan kepada umatnya yang bermaksud; "Perbanyakkan mengingat-ingat tentang perkara yang menghapuskan kelazatan (maut)".
   Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya tentang siapakah orang yang pintar di antara manusia, jawab baginda, mereka itu ialah orang yang memperbanyakkan mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapi mati.
   Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; "Sesungguhnya orang Mukmin itu, ketika dijemput oleh maut, digembirakan dengan memperolehi rahmat Allah, maka dia pun amat suka bertemu dengan Allah, maka Allah S.W.T. pun suka bertemu dengannya. Manakala orang kafir pula ketika dijemput maut, diberitakan kepadanya akan mendapat azab Allah, lalu dia pun benci bertemu Allah, maka Allah pun benci bertemu dengannya."
Ustazah  Fatimah Omar

H
URAIAN
Jelaslah, pendapat yang mengatakan mengingati mati akan menyekat kemajuan dan kejayaan adalah pendapat yang silap kerana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat adalah yang paling banyak mengingati mati, tetapi sejarah menceritakan merekalah orang yang paling maju dan bertamadun malah mereka mampu menawan dunia.
   Mereka yang berpendapat demikian, sebenarnya jahil dalam banyak hal. Mereka menyangka orang yang selalu ingat mati akan berkurung di dalam rumah, buat ibadah saja.
   Apa tidak bijakkah, seseorang yang memikirkan sesuatu yang akan tiba lalu membuat perancangan untuk menghadapinya? Untuk itu dia akan bersedia dengan amalan khidmat kebajikan sebanyak mungkin. Kerana dia tahu segalanya akan dihisab yang akan menentukan ke mana sudahnya selepas itu, apakah ke Syurga atau Neraka yang penuh sengsara.

Sumber gambar: http://www.iluvislam.com/

Ditaip semula ke blog oleh:
Aini Syahirah Abd Ghani

April 22, 2012

Mengubati Penyakit Hasad Dengki

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ :)
another post from  the book '600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA Jilid 2'..

Feel free to share this but please give credit to those highlighted names below, okay~ ^^
Jazakallahu khairan kathira!

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)
Oleh:
Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh
Ustazah Fatimah Omar
Selenggaraan:
H.M. Tuah Iskandar


BAHAGIAN 1

2. MENGUBATI PENYAKIT HASAD DENGKI


S Bagaimanakah caranya hendak menghapuskan penyakit-penyakit mazmumah atau penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki dan iri hati yang menjadi punca perpecahan umat Islam kini?

J Agama Islam adalah agama yang suci dan diterima oleh Allah S.W.T. Ia mengajar manusia menjadi hamba yang beriman, taat dan berakhlak baik. Pada asasnya agama Islam dibangunkan oleh kekuatan yang unggul iaitu iman dan ukhuwah. Tidak mungkin agama ini dapat ditegakkan dalam suasana perpecahan.
   Rasulullah s.a.w. telah berjaya mendidik para sahabat supaya menyintai saudara mereka lebih dari diri mereka sendiri dan tidak berhasad dengki atau iri hati tetapi sanggup berkorban untuk kepentingan bersama.
   Kini penyakit mazmumah itu telah menular dengan meluasnya di kalangan orang Islam hingga menyebabkan berlaku perpecahan. Keadaaan ini disebabkan daripada hati yang berpenyakit. Tiada sebarang ubat yang boleh menyembuhkannya melainkan kesedaran diri sendiri untuk mengubati penyakit itu daipada terus melarat.
   Punca utama penyakit ini tidak lain kerana manusia terlalu menyintai dunia dan menjadikan ia sebagai tunggak kehidupan. Masing-masing cuba memenuhi selera dan kepentingan diri dan bukannya memikirkan masalah orang lain. Kasih sayang sudah tiada lagi dan kebanyakkan arahan Rasulullah s.a.w. diketepikan.
   Setelah kita mengetahui puncanya, mudahlah kita mengubatinya, lihatlah sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud; "Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu menyintai saudara kamu seperti kamu menyintai diri kamu sendiri."
Ustazah Fatimah Omar

HURAIAN
Daripada hadis itu, dapatlah difahami bahawa imanlah yang menjadi ubat paling mujarab. Untuk mendapatkan iman hanyalah dengan berasa takut kepada Allah, gerun kepadda Neraka-Nya dan rindukan Syurga-Nya. Setelah itu kita kembali kepada suruhan Allah dan rasul-Nya iaitu berbaik-baik dan berkasih sayang serta menganggap segala nikmat itu adalah pemberian Allah S.W.T.
   Dalam hidup ini kita memerlukan bantuan orang lain. Hendaklah kita selalu ingatkan diri sendiri bahawa orang yang bersifat mazmumah bukan di kalangan ahli Syurga. Bukan sahaja Allah dan Rasul benci bahkan seluruh manusia membencinya. Oleh itu tanamkan sifat tawaduk sesama manusia.

^_^

Sumber gambar: http://lindalalink.blogspot.com/
Ditaip semula ke blog oleh:
Aini Syahirah Abd Ghani




April 19, 2012

Ingin Bersama Kekasih Di Akhirat

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ :)
as promised.. here we go..
Feel free to share this but please give credit to those highlighted names below, okay~ ^^
Jazakallahu khairan kathira!

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)
Oleh:
Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh
Ustazah Fatimah Omar
Selenggaraan:
H.M. Tuah Iskandar

BAHAGIAN 1

1. INGIN BERSAMA KEKASIH DI AKHIRAT

S Saya pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang pemuda selama empat tahun. Tetapi hubungan ini ditentang oleh keluarga saya. Takdir Tuhan, kekasih saya telah meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hingga kini saya masih bersedih dan sentiasa mengingati dirinya. Setiap kali selepas menunaikan sembahyang, saya berdoa supaya kami dipertemukan dan hajat kami untuk menjadi suami isteri dapat dilaksanakan di Akhirat kelak. Apakah doa seperti ini diterima oleh Allah S.W.T.?

J Memang banyak keterangan bahawa di Akhirat, khususnya di dalam Syurga nanti berlaku perkahwinan di antara lelaki dengan wanita. Terdapat juga keterangan bahawa isteri-isteri bagi seseorang lelaki itu terdiri daripada para wanita Akhirat (bidadari) dan juga wanita dunia yang solehah.
   Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir daripada Hatib bin Abi Balta'ah, Rasulullah s.a.w., bersabda; "Di dalam Syurga seorang Mukmin itu akan berkahwin dengan 72 orang isteri. 70 daripadanya wanita Akhirat (bidadari) dan 2 daripadanya ialah wanita dunia."
   Para penafsir hadis ada yang menjelaskan bahawa dua wanita dunia itu mungkin isterinya yang baik yang sama-sama masuk ke dalam Syurga dan ada pula yang mengatakan wanita dunia itu ialah wanita yang solehah di dunia akan berkahwin dengan lelaki soleh mungkin asalnya suami isteri kalau sama-sama masuk Syurga dan mungkin bukan asalnya suami isteri.
   Sekiranya salah seorang daripada suami atau isteri tidak berpeluang masuk Syurga, maka masing-masing berkahwin dengan yang terpilih masuk Syurga, yang semasa di dunia mereka tidak pernah berkahwin tetapi dapat berkahwin di Akhirat kerana sama-sama soleh dan banyak pahala.
   Tentang pasangan di Syurga disebut oleh Imam Tarmidzi melalui hadis yang diriwayatkan melalui Laqit bahawa di Akhirat nanti seseorang itu akan berkahwin dengan wanita-wanita suci, dan perempuan yang solehah (baik) akan berkahwin dengan lelaki yang soleh (baik) demikian sebaliknya. Masing-masing dapat menikmati persetubuhan yang dirasakan di dunia tanpa melahirkan anak.
   Banyak sekali keterangan hadis yang menjelaskan bahawa seseorang lelaki itu akan berkahwin dengan ramai isteri. Ada yang menyebut berjumlah 4,000 orang pelayan (boleh disetubuhi) ada yang menyebut 8,000 malah ada yang menyebut 80,000 mengikut taraf iman dan ketaqwaan seseorang. Kesemua isteri itu dapat disetubuhi dalam masa 7 hari.
   Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. apabila mendengar Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang seseorang lelaki akan beristeri dengan begitu ramai bidadari di Syurga, lalu dia pun bertanya apakah mampu melakukan persetubuhan? Nabi s.a.w. menjawab; "Sesungguhnya di Akhirat (di dalam Syurga) seseorang lelaki Mukmin itu diberi (dilipatgandakan) kekuatan sebanyak 100 kali ganda dalam melaksanakan persetubuhan." ( riwayat At-Tabrani, Al-Baihaqi dan Abu Ya'la).
   Menyentuh tentang soalan anda, daripada keterangan-keterangan hadis yang dikemukakan, bahawa kemungkinan di antara orang yang tidak dapat atau tidak pernah berkahwin di dunia akan dikahwinkan juga di Akhirat sekiranya mereka sama-sama menjadi orang yang taat kepada Allah S.W.T., tidak melakukan maksiat dan bayak bertaubat sewaktu di dunia.
   Tentang doa meminta untuk dipertemukan jodoh di Akhirat dengan orang tertentu yang kita pilih di dunia sama ada dia belum mati atau telah mati, perbuatan itu adalah harus. Tentang dimakbulkan oleh Allah atau tidak itu adalah urusan Allah S.W.T. Kalau Allah takdirkan berhasil, maka kemungkinan akan dapat berkahwin dengan orang yang dimaksudkan itu, mungkin Allah S.W.T. akan gantikan dengan yang lebih baik.

Ustazah Fatimah Omar
HURAIAN
Sungguhpun begitu, janganlah orang yang masih hidup tidak mahu berkahwin pula. Kahwinlah dahulu di dunia, di Akhirat adalah soal lain. 

;)

Sumber Gambar: isuhangat.blogspot.com
Ditaip semula ke blog oleh:
Aini Syahirah Abd Ghani