March 20, 2014

Maaf & Lupa

Salam :)

Tak banyak benda nak tulis dekat blog ni. In fact, dah berkurun tak update. Sebab utamanya sudah tentu adalah malas. lalala~ ;P

Sekarang aku di semester 4, di Arau lagi. Dah pindah duduk kolej bukan rumah sewa dah. Dengan harapan suasana kondusif hostel on-campus dapat buat aku lebih fokus study. Katanya.. haha

Apa-apapun tahniah diucapkan untuk semua adik-adik yang dah dapat keputusan SPM hari ni. Tahniah untuk yang dapat result gempak, syukur Alhamdulillah. And to those yang result biasa-biasa gempaknya pun tahniah jugak sebab dah berjaya lepas dan dapat sijil SPM. Syukur atas segala kurniaNya sama ada baik ataupun tidak.

Oh.. terkenang suasana di Madinah dan Mekah umrah hari tu...
Rindu sangat nak ke sana lagi..
Hadiah teristimewa yang aku terima daripada Allah SWT selepas berbagai dugaan waktu semester 3 yang lepas.
Dugaan iman, hati dan persahabatan.
Syukur semua kerana Allah dah settlekan.. aku hanya mampu berdoa dikuatkan hati untuk menghadap semua tu. Dan syukur Allah sudah makbulkan. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :)

Pengajaran yang banyak aku terima setakat hidup aku hari ni.
Berjumpa dengan wajah-wajah lembut berkata manis yang dalam senyap menikam kita dari belakang.
Lebih kenal akan manusia-manusia yang berjanji untuk bersama susah senang tapi hilang bila kita memerlukan.
Banyak lagi yang tak mampu untuk aku nyatakan di blog ni.

Tapi yang manisnya, dapat aku kenal mana sahabat yang harus aku dampingi yang mana boleh mendorong aku menjadi orang yang lebih baik dan yang mana harus aku jadikan sekadar sebagai kenalan sahaja.

Selama beberapa lama kenal, sekarang baru aku sedar dan nampak. Mungkin mereka tak berniat begitu, tapi segala tindakan mementingkan diri mereka itu telah buat aku menderita dan sakit. Tak apa, aku dah maafkan mereka. Cuma aku tak mahu dipaksa supaya melupakan. Sebab biarlah masa memainkan peranannya meluputkan ingatan aku tentang semua yang dah berlaku. Aku anggap semuanya sebagai satu kaffarah yakni penebus terhadap semua kesalahan dan dosa-dosa yang dah aku lakukan sepanjang aku menumpang hidup di atas bumi Allah ini. Dengan itu aku redha akan semua yang dah berlaku. :')

Tak tahu apa lagi nak ditaip.
Jadi setakat ini sajalah.
Jumpa lagi di lain post. InshaAllah. Wassalam. ^_*


p/s: #prayformh370 #prayforsyria #prayforgaza