23 Ramadhan 1437 : 28 Jun 2016
Happy Birthday to me! 😁
Baru perasan yang hari ni birthday aku dalam Kalendar Hijrah.
Dan kalau ikut Tahun Hijrah ni, dah 27 tahun umur aku sekarang. 😅
Okay fine. Dah tua sangat.
Lalala. Kahkah.
-the end-
June 28, 2016
Friend Zone & Mix Signals
To singles out there
Please...
Be happy.
Be patient.
Have fun.
But
stay away from the
friend zone and mix signals.
It's a lesson I learned the hard way.
...
-yugisyahirah-
June 14, 2016
Mengikut Arus
Kau, aku dan dia...
Kita lihat, sejauh mana permainan masa menghanyut membawa kita...
Aku kini hanya mahu mengikut arus kerana aku tak lagi punya tenaga melawannya...
Biar Dia menentukan segala...
Mungkin ajal menjemput itu lebih awal dari bertemunya jodoh...
Siapa tahu... aku juga tak tahu...
Kerana aku cuma insan kerdil, yang berbatas akal dan fikirnya.
-yugisyahirah-
Kita lihat, sejauh mana permainan masa menghanyut membawa kita...
Aku kini hanya mahu mengikut arus kerana aku tak lagi punya tenaga melawannya...
Biar Dia menentukan segala...
Mungkin ajal menjemput itu lebih awal dari bertemunya jodoh...
Siapa tahu... aku juga tak tahu...
Kerana aku cuma insan kerdil, yang berbatas akal dan fikirnya.
-yugisyahirah-
Picture taken: Taman 1000 Bunga, Melaka (2010)
June 9, 2016
I'm technically single but...
hei...
macam sedih kan...
hahaha..
Salam Ramadhan 2016! 😄
okay sambung balik ayat mula-mula tadi..
macam sedih kan...
tapi bagi aku, fasa sedih dalam hati aku ni dah beransur pergi.. (mungkin sebab aku terlalu sibuk dengan study dan tak banyak masa nak layan perasaan sangat 😅)
hatta seteruk mana kau sayang atau suka seseorang tu,
kau kena tahu yang tak semestinya kau akan dapat balasan yang sama.
yes.. kau kena rasa tahap rejection yang maha dahsyat untuk kau betul-betul sedar dan terjaga dari lena bahawa dalam dunia yang fana ni, tak semua yang kita suka atau nak tu kita akan dapat..
sifat dan perangai aku, kalau betul aku suka dan aku sayang maka aku tak selindung atau berdiam... ada peluang aku luahkan.. mungkin sikap semberono aku ni tak elok tapi bagi aku, menda ni akan buat aku belajar akan erti tak mudah putus asa... sebab kau percaya dengan usaha doa tawakkal, one day hajat dan hasrat kau akan termakbul..
Tapi.. tapi.. dan tetapi..
bila bukan sekali dua kau nyatakan sayang kau dan sudah banyak kali kau luahkan apa yang ada dalam hati kau,
tapi apa yang kau dapat cuma seen, bluetick atau respon 'like nothing happened' daripada seseorang yang kau sayang tu...
makanya.. dan makanya... maka kami rakyat malaysia... hmm merepek.. heh
makanya,
haruslah kau sadar...
bahawa cinta dan sayang itu nggak boleh dipaksa atau diprovokasi untuk muncul..
andai luahan atau ekspresi sayangmu itu kelihatannya bisa buat si dia rasa serba salah atau tidak selesa, disitu sudah muncul petanda bahawa kau perlu stop. Berhenti. Total.
bukan berhenti menyayangi atau stop suka... no.
tapi berhenti menyakiti hati dan melukai hati masing-masing.. yes.. hati kau dan juga hati dia.
rasanya sudah cukup faham dan jelas dia tentang perasaan kau dan apa yang ada dalam hati kau... namun harus kau faham..
yang suka sayang dan cinta kan tak boleh dipaksa-paksa...
Jadinya,
kau lepaskanlah..
kau biarkan Dia sahaja yang menentukan segala..
bukan kerana kau dah berputus asa atau sebab dah tak sayang,
tapi sebab kau percaya dan kau berpegang teguh dengan satu perkara bahawa:
"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216)
Jadi, kembalilah...
Kembali pergi ke meja tu dan study ye yugi oi !
Sudah sudah.
Buh-byeeeee! See yaaa! 😄
Saranghaeyo...
Subscribe to:
Posts (Atom)