August 22, 2010

Mati itu pasti..hidup? InsyaAllah...

Salam alaik wbt...

Buat sahabatku, Zolhairee..

Takziah diucapkan kepada dirimu sekeluarga,
Al-Fatihah buat ibundamu yang tercinta,
Moga beliau ditempatkan dalam kalangan assolehin,
Berdoa dan teruskanlah berdoa,
Jadilah anak yang soleh...
kerna doa anak yang soleh kepada ibubapanya 
takkan pernah dibiar sahaja tanpa termakbul,
Sabar itu mudah menjadi tutur kata bagi mereka yang tidak menghadapinya,
Tapi bukankah sabar itu dituntut dalam setiap perkara?
Tepuk dada tanyalah iman...
InsyaAllah, syurga menanti beliau disana,
Dan kita pula akan menuju ke arah yang sama,
Cuma jadual ketibaannya sahaja yang berbeda,
Sama-samalah kita berusaha untuk sampai kesana jua...
Senyumlah sahabatku, 
Kerna tak mungkin beliau mahu melihatmu bermuram durja,
Duhai sahabat yang kusayangi kerana Allah,
Senyumlah... (^_^)

* Takziah buat Zolhairee sekeluarga atas pemergian Ibundanya ke Rahmatullah pada petang semalam 21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431H. Sama-samalah kita menghadiahkan bacaan Ummul Kitab ke atas Allahyarhamah... 
Al-Fatihah.

3 comments: