October 20, 2010

Hilangkanlah Rasa Ini

Sukar menafikan rasa ini,
payah menutup riak diwajah ini,
segala-galanya rumit untuk diungkapkan dengan kata-kata..

Allahu rabbi...

Bagaimana harusku biarkan perasaan ini terpadam,
sedangkan ianya sudah kekal terpahat dihatiku yang kian rawan..

Telah ku cuba mencantas perasaan yang tumbuh subur dijiwaku,
telah ku cuba kuburkan hakikat hadirnya seorang insan yang pernah mencuit hatiku..  

Ya Allah..

Aku mohon,
hilangkanlah rasa ini,
akhirkan semuanya..

Kerana aku sudah tak terdaya lagi,
untuk menanggung keperitan rasa,
dalam mentafsir erti sebenar,
sebuah cinta...



-serikandiwasabi (11/10/2010)-





No comments:

Post a Comment