March 11, 2016

Letih.

Letih. Aku dah letih cuba memahami. Aku dah letih untuk terima semua yang dah jadi adalah salah aku semata-mata. Aku dah letih dilayan macam sampah. Aku dah letih dituduh tidak peka dengan perasaan orang. Aku dah letih dijadikan sebagai 'yang jahat' setiap kali salah faham terjadi. Aku dah letih menyebelahi orang yang dah banyak kali mendera perasaan aku. Aku dah letih mengalah. Aku dah letih mengalir air mata dan berjaga sepanjang malam hanya untuk berfikir apa kesalahan yang aku dah buat sampai kau sanggup bertindak menyeksa perasaan aku termasuk orang-orang yang ada disekeliling aku. Aku dah letih dituduh sebagai pengkhianat bila aku cuba membetulkan keadaan. Aku dah letih dengan semua andaian-andaian kau. Aku dah letih dengan penyokong-penyokong kau yang tak tahu hujung pangkal cerita lagi menambah minyak dalam api. Aku dah letih menahan marah. Aku dah letih bersabar dan berdiam diri. Aku dah letih untuk percaya bahawa semua tindakan yang kau buat tu kerana kau sayangkan aku. Aku dah letih dengan semuanya. Aku dah letih menjaga hati kau.

Apa kau lupa yang aku juga ada hati dan perasaan? Kalau betul kau kawan aku dan sayangkan aku, kau takkan sanggup buat aku macam ni. Bukan sekali dua kau tiba-tiba buat tak endahkan aku dan menjauhkan diri daripada aku, dah banyak kali. Tapi aku cuba faham yang mungkin aku ada buat salah atau kau ada terasa hati dan kau perlu masa untuk tenangkan diri. Takpe aku terima. Dan bila kau dah ready selepas beberapa hari kau biar aku dalam perasaan bersalah dan tanda tanya, kau datang jelaskan sebab dan minta maaf. Aku terima dengan hati terbuka dan terus maafkan kau tanpa mengungkit apa-apa walaupun aku tahu yang aku tak layak dilayan macam tu hanya kerana salah faham kecil, hanya sebab kau terasa hati dengan aku dan hanya kerana aku menumpang duduk di rumah kawan yang lain bukan di rumah kau, hanya kerana aku jarang mengadu apa-apa pada kau dan hanya kerana kau rasa aku lebih mengutamakan kawan yang satu lagi sebab kau rasa aku buat macam tu sebab dia lebih pandai berbanding kau. Ada pernah kau fikir perasaan aku ketika kau lontarkan semua kesalahan dan andaian-andaian tu pada aku. Ya. Memang kau akan datang meminta maaf setiap kali kau buat perkara yang sama lagi, tapi dalam masa yang sama kau sebenarnya menyatakan bahawa memang aku yang salah dan salah dan salah. Dan memang patut aku terima layanan yang macam tu. Aku terima semua tuduhan kau dan meminta maaf sepenuh hati sebab aku percaya mungkin aku ada terlepas pandang dengan tindakan aku yang tanpa sengaja dah menyakitkan hati kau dan buat kau terasa. Aku lupakan segala yang kau dah buat dan percaya yang aku lah punca dan aku lah yang selalu bersalah dalam hal kita berdua. Aku. Aku. Dan aku. Aku tak sanggup biar permintaan maaf kau tergantung lama tanpa jawapan dan kerana aku sayangkan kau dan aku tak mahu kau rasa terseksa, tanpa bertangguh terus kau aku maafkan dan aku lupakan segala yang dah jadi.

Tapi, bila sekali aku tersilap perhitungan dalam usaha untuk membetulkan salah faham antara kau dengan kawan yang lain,  untuk menjernihkan keadaan dan memulihkan semula keadaan yang dah makin janggal..terus aku diberi gelaran sebagai pengkhianat. Pengkhianat kerana cuba mendamaikan dua pihak. Pengkhianat kerana tak memberitahu dahulu kepada kau tentang usaha aku untuk menghilangkan salah faham antara kedua belah pihak. Pengkhianat kerana kau belum bersedia untuk berdamai. Sedangkan aku pernah bertanya jika orang tu datang memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar, adakah kau akan terima? Kau jawab ya. Aku berpegang pada apa yang kau cakap. Bukan atas dasar aku memandai-mandai atau sengaja ingin menjatuhkan kau atau sesiapa. But well, as usual kau letakkan semua kesalahan itu atas aku. Kau jangkakan aku untuk menjelaskan kepada kau sesuatu yang aku tak tahu apa yang kau fikirkan ketika itu. Memang aku menasihati dia untuk berjumpa dengan kau, meminta maaf dan menjelaskan hal sebenar. Dia juga tak senang hati dan mahu salah faham antara korang selesai segera. Tapi waktu tu kita still dalam exam week dan kerana aku tak nak emosi dan fikiran kau terganggu, aku menasihatkan dia untuk berjumpa lepas selesai semua exam. Bagi kau selepas paper last tu pun masih bukan masa yang sesuai untuk berjumpa. Ya, mungkin kerana kita semua kepenatan dan tak cukup tidur waktu tu. Tapi bagi dia, bila lagi dia dapat berjumpa dengan kau? Secara logiknya, bila lagi? Ada kau fikirkan tentang hal tu? Entahlah. Aku tak tahu apa yang kau fikirkan. Cuma yang aku tahu, kau tak sedia tak sedia dan tak sedia. Entahlah. Gamaknya, begitu besar dosa aku hinggakan diberi gelaran pengkhianat. Namun aku redho. Aku menyesal bertindak sebagai orang tengah dan kalau boleh diputar masa balik ke waktu sebelum tu, takkan sesekali aku masuk campur dalam urusan kau dan siapa-siapa lagi. Pernah kau terfikir sepanjang cuti sem yang sebulan lebih tu apa yang dah jadi pada aku? Waktu tu, takde sorang pun yang betul-betul berpihak pada aku. Semua mengatakan yang aku tak memikirkan perasaan kau. Aku tak sensitif dengan apa yang kau rasa. Aku begitu begini. Semua membuat andaian yang bukan-bukan. Malahan ada yang siap menambah lagi. Kan? Aku dibiarkan tertanya-tanya akan apa kesilapan sebenar yang aku dah buat sampai kau langsung tak mempedulikan aku, menyeksa hati aku dan tak memberi peluang untuk aku menjelaskan hal sebenar. Begitu besar dosa orang yang cuba mendamaikan dua pihak. Sebulan lebih. Sebulan lebih aku terseksa tanpa jawapan daripada kau tentang permohonan maaf aku. Sebulan lebih kau biar aku menderita seorang diri dengan semua kawan-kawan lebih berpihak pada kau berbanding aku. Hanya kerana sekali aku tersilap membuat perhitungan. Sebulan lebih kau seksa hati perasaan aku. Itukah tanda kau sayangkan aku? Care pasal aku? Entahlah. Dalam hal ni jugak, aku mengaku aku salah. Aku mengalah. Aku letakkan semua atas kesalahan atas aku yang bodoh cuba mendamaikan orang yang takkan mungkin boleh berdamai macam biasa. Aku yang salah dan salah dan salah, sebab kau tak cukup bersedia. Dan semua harus akur dan menerima selama mana masa kau nak ambil untuk kau betul-betul bersedia nak beri kemaafan kepada orang. Tapi bila kau meminta maaf, kau jangkakan orang untuk segera memaafkan kau. Biar apa pun yang kau lakukan pada orang lain, walau sesiapa pun yang bersalah, orang tu harus tunggu untuk kau bersedia, orang tu harus memahami perasaan kau, orang tu kena mengikut cara kau. Kenapa perlu sampai macam tu? Apa kau lupa yang orang lain juga punya hati dan perasaan? Ada kau tahu serapuh atau sekuat mana hati seseorang tu? Jangan kau fikir kau seorang saja yang pernah berada dalam keadaan paling down dalam hidup kau. Jangan kau fikir kau saja yang pernah dilayan dengan teruk dalam hidup ni. Kau tak tahu sepenuhnya apa yang aku dah lalui sepanjang hidup ni. Kau tak tahu kenapa banyak kali aku maafkan kau walaupun berulang kali kau buat perkara yang sama yang melukakan hati aku. Sebab aku percaya manusia boleh berubah asalkan diberi peluang. Dan sebab utamanya, aku sayangkan kau. Entahlah. Mungkin kau tak pernah buat salah kat orang lain sampaikan payah sangat kau nak memaafkan dan melupakan dan memberi peluang kedua. Mungkin perkataan second chance tak pernah wujud dalam hidup kau. Semua orang harus diseksa hati dan perasaan sebelum dapat kemaafan dari kau. Entahlah. Aku tak dapat nak memahami kau lagi. Aku tak dapat nak halang kau daripada berandaian yang bukan-bukan terhadap aku. Aku tak berkuasa nak bendung kau daripada overthinking dan berfikiran negatif. Aku tak mampu nak mengalah lagi dan melupakan apa yang kau dah lakukan berulangkali terhadap hati jiwa dan perasaan aku. Dan yang paling tak dapat aku terima adalah tindakan kau yang sakit hati dan kecewa dengan aku tapi sekaligus menyeksa dan menyusahkan orang-orang yang ada dengan aku waktu tu. Aku dah penat sebenarnya. Terlalu penat. Sekarang, terserah. Buatlah apa yang kau rasa betul dalam fikiran kau. Aku minta maaf sebab aku dah tak dapat nak bersabar. Thats it.

Jujur, aku - aini.

No comments:

Post a Comment