Letih. Aku dah letih cuba memahami. Aku dah letih untuk terima semua yang dah jadi adalah salah aku semata-mata. Aku dah letih dilayan macam sampah. Aku dah letih dituduh tidak peka dengan perasaan orang. Aku dah letih dijadikan sebagai 'yang jahat' setiap kali salah faham terjadi. Aku dah letih menyebelahi orang yang dah banyak kali mendera perasaan aku. Aku dah letih mengalah. Aku dah letih mengalir air mata dan berjaga sepanjang malam hanya untuk berfikir apa kesalahan yang aku dah buat sampai kau sanggup bertindak menyeksa perasaan aku termasuk orang-orang yang ada disekeliling aku. Aku dah letih dituduh sebagai pengkhianat bila aku cuba membetulkan keadaan. Aku dah letih dengan semua andaian-andaian kau. Aku dah letih dengan penyokong-penyokong kau yang tak tahu hujung pangkal cerita lagi menambah minyak dalam api. Aku dah letih menahan marah. Aku dah letih bersabar dan berdiam diri. Aku dah letih untuk percaya bahawa semua tindakan yang kau buat tu kerana kau sayangkan aku. Aku dah letih dengan semuanya. Aku dah letih menjaga hati kau.
Apa kau lupa yang aku juga ada hati dan perasaan? Kalau betul kau kawan aku dan sayangkan aku, kau takkan sanggup buat aku macam ni. Bukan sekali dua kau tiba-tiba buat tak endahkan aku dan menjauhkan diri daripada aku, dah banyak kali. Tapi aku cuba faham yang mungkin aku ada buat salah atau kau ada terasa hati dan kau perlu masa untuk tenangkan diri. Takpe aku terima. Dan bila kau dah ready selepas beberapa hari kau biar aku dalam perasaan bersalah dan tanda tanya, kau datang jelaskan sebab dan minta maaf. Aku terima dengan hati terbuka dan terus maafkan kau tanpa mengungkit apa-apa walaupun aku tahu yang aku tak layak dilayan macam tu hanya kerana salah faham kecil, hanya sebab kau terasa hati dengan aku dan hanya kerana aku menumpang duduk di rumah kawan yang lain bukan di rumah kau, hanya kerana aku jarang mengadu apa-apa pada kau dan hanya kerana kau rasa aku lebih mengutamakan kawan yang satu lagi sebab kau rasa aku buat macam tu sebab dia lebih pandai berbanding kau. Ada pernah kau fikir perasaan aku ketika kau lontarkan semua kesalahan dan andaian-andaian tu pada aku. Ya. Memang kau akan datang meminta maaf setiap kali kau buat perkara yang sama lagi, tapi dalam masa yang sama kau sebenarnya menyatakan bahawa memang aku yang salah dan salah dan salah. Dan memang patut aku terima layanan yang macam tu. Aku terima semua tuduhan kau dan meminta maaf sepenuh hati sebab aku percaya mungkin aku ada terlepas pandang dengan tindakan aku yang tanpa sengaja dah menyakitkan hati kau dan buat kau terasa. Aku lupakan segala yang kau dah buat dan percaya yang aku lah punca dan aku lah yang selalu bersalah dalam hal kita berdua. Aku. Aku. Dan aku. Aku tak sanggup biar permintaan maaf kau tergantung lama tanpa jawapan dan kerana aku sayangkan kau dan aku tak mahu kau rasa terseksa, tanpa bertangguh terus kau aku maafkan dan aku lupakan segala yang dah jadi.
Tapi, bila sekali aku tersilap perhitungan dalam usaha untuk membetulkan salah faham antara kau dengan kawan yang lain, untuk menjernihkan keadaan dan memulihkan semula keadaan yang dah makin janggal..terus aku diberi gelaran sebagai pengkhianat. Pengkhianat kerana cuba mendamaikan dua pihak. Pengkhianat kerana tak memberitahu dahulu kepada kau tentang usaha aku untuk menghilangkan salah faham antara kedua belah pihak. Pengkhianat kerana kau belum bersedia untuk berdamai. Sedangkan aku pernah bertanya jika orang tu datang memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar, adakah kau akan terima? Kau jawab ya. Aku berpegang pada apa yang kau cakap. Bukan atas dasar aku memandai-mandai atau sengaja ingin menjatuhkan kau atau sesiapa. But well, as usual kau letakkan semua kesalahan itu atas aku. Kau jangkakan aku untuk menjelaskan kepada kau sesuatu yang aku tak tahu apa yang kau fikirkan ketika itu. Memang aku menasihati dia untuk berjumpa dengan kau, meminta maaf dan menjelaskan hal sebenar. Dia juga tak senang hati dan mahu salah faham antara korang selesai segera. Tapi waktu tu kita still dalam exam week dan kerana aku tak nak emosi dan fikiran kau terganggu, aku menasihatkan dia untuk berjumpa lepas selesai semua exam. Bagi kau selepas paper last tu pun masih bukan masa yang sesuai untuk berjumpa. Ya, mungkin kerana kita semua kepenatan dan tak cukup tidur waktu tu. Tapi bagi dia, bila lagi dia dapat berjumpa dengan kau? Secara logiknya, bila lagi? Ada kau fikirkan tentang hal tu? Entahlah. Aku tak tahu apa yang kau fikirkan. Cuma yang aku tahu, kau tak sedia tak sedia dan tak sedia. Entahlah. Gamaknya, begitu besar dosa aku hinggakan diberi gelaran pengkhianat. Namun aku redho. Aku menyesal bertindak sebagai orang tengah dan kalau boleh diputar masa balik ke waktu sebelum tu, takkan sesekali aku masuk campur dalam urusan kau dan siapa-siapa lagi. Pernah kau terfikir sepanjang cuti sem yang sebulan lebih tu apa yang dah jadi pada aku? Waktu tu, takde sorang pun yang betul-betul berpihak pada aku. Semua mengatakan yang aku tak memikirkan perasaan kau. Aku tak sensitif dengan apa yang kau rasa. Aku begitu begini. Semua membuat andaian yang bukan-bukan. Malahan ada yang siap menambah lagi. Kan? Aku dibiarkan tertanya-tanya akan apa kesilapan sebenar yang aku dah buat sampai kau langsung tak mempedulikan aku, menyeksa hati aku dan tak memberi peluang untuk aku menjelaskan hal sebenar. Begitu besar dosa orang yang cuba mendamaikan dua pihak. Sebulan lebih. Sebulan lebih aku terseksa tanpa jawapan daripada kau tentang permohonan maaf aku. Sebulan lebih kau biar aku menderita seorang diri dengan semua kawan-kawan lebih berpihak pada kau berbanding aku. Hanya kerana sekali aku tersilap membuat perhitungan. Sebulan lebih kau seksa hati perasaan aku. Itukah tanda kau sayangkan aku? Care pasal aku? Entahlah. Dalam hal ni jugak, aku mengaku aku salah. Aku mengalah. Aku letakkan semua atas kesalahan atas aku yang bodoh cuba mendamaikan orang yang takkan mungkin boleh berdamai macam biasa. Aku yang salah dan salah dan salah, sebab kau tak cukup bersedia. Dan semua harus akur dan menerima selama mana masa kau nak ambil untuk kau betul-betul bersedia nak beri kemaafan kepada orang. Tapi bila kau meminta maaf, kau jangkakan orang untuk segera memaafkan kau. Biar apa pun yang kau lakukan pada orang lain, walau sesiapa pun yang bersalah, orang tu harus tunggu untuk kau bersedia, orang tu harus memahami perasaan kau, orang tu kena mengikut cara kau. Kenapa perlu sampai macam tu? Apa kau lupa yang orang lain juga punya hati dan perasaan? Ada kau tahu serapuh atau sekuat mana hati seseorang tu? Jangan kau fikir kau seorang saja yang pernah berada dalam keadaan paling down dalam hidup kau. Jangan kau fikir kau saja yang pernah dilayan dengan teruk dalam hidup ni. Kau tak tahu sepenuhnya apa yang aku dah lalui sepanjang hidup ni. Kau tak tahu kenapa banyak kali aku maafkan kau walaupun berulang kali kau buat perkara yang sama yang melukakan hati aku. Sebab aku percaya manusia boleh berubah asalkan diberi peluang. Dan sebab utamanya, aku sayangkan kau. Entahlah. Mungkin kau tak pernah buat salah kat orang lain sampaikan payah sangat kau nak memaafkan dan melupakan dan memberi peluang kedua. Mungkin perkataan second chance tak pernah wujud dalam hidup kau. Semua orang harus diseksa hati dan perasaan sebelum dapat kemaafan dari kau. Entahlah. Aku tak dapat nak memahami kau lagi. Aku tak dapat nak halang kau daripada berandaian yang bukan-bukan terhadap aku. Aku tak berkuasa nak bendung kau daripada overthinking dan berfikiran negatif. Aku tak mampu nak mengalah lagi dan melupakan apa yang kau dah lakukan berulangkali terhadap hati jiwa dan perasaan aku. Dan yang paling tak dapat aku terima adalah tindakan kau yang sakit hati dan kecewa dengan aku tapi sekaligus menyeksa dan menyusahkan orang-orang yang ada dengan aku waktu tu. Aku dah penat sebenarnya. Terlalu penat. Sekarang, terserah. Buatlah apa yang kau rasa betul dalam fikiran kau. Aku minta maaf sebab aku dah tak dapat nak bersabar. Thats it.
Jujur, aku - aini.
March 11, 2016
August 6, 2015
Pergi Ostrolia Jadi Pemetik Anggur Gaji RM5k Up Up and Beyond
Salam..
nah kawan-kawan
http://petikanggurstrawberry.blogspot.com/
ni link website untuk sape-sape yang nak kerja kat oversea lepas tu suka pulak petik buah anggur dan strawberry. Soooo, boleh la apply kerja ni.
Cepat cepat ! Offer terhad. Update terkini tinggal 5 kekosongan sahaje.
Good luck! ^^
p/s: Cara nak petik buah strawberry (untuk yang self-pick) kalau nak elak cepat jadi masam (kalau korang gi petik kat ladang Cameron Highland dan lepas tu nak bawak balik kampung halaman masing-masing yang beriklim tropika hutan hujan khatulistiwa) jangan cabut terus dari pangkal buah tapi patahkan atas sikit pada stem buah tu dengan itu buah strawberry anda yang dipetik dapat bertahan dengan lebih lama dan boleh dinikmati bersama-sama insan tersayang di kampung halaman yang tercinta~

April 23, 2015
nak jadi penulis blog seram
April 2, 2014
Mimpi
Ceritakan padaku,
Cerita yang terdahulu,
Kisah cinta yang pernah kau tahu,
Sempurna selalu pada kau dan aku,
Ceritakan semua,
Cerita kita cipta bersama,
Kisah terindah pernah ku rasa,
Selama pernah jantung ku bernyawa,
Berdua hanya kau dan aku...
Andai ini hanya mimpi,
Biar aku begini,
Biar terus ku lena sampai kau tiba...
Andai ku hanya bermimpi,
Biar aku begini,
Sampai ketemu lagi aku disini...
Ceritakan padaku,
Ceritakan padaku selalu,
Kisah yang takkan mungkin pergi lalu,
Selama hidup aku denganmu,
Bersama mengharungi semua...
Bawa daku ke angkasa,
Memetik bulan bintang,
Bawa ku terbang bersama,
Jangan kau lepaskan,
Jangan kau tinggalkan semua...
Biar saja begini,
Biar terus ku lena,
Sampai kau tiba...
Andai ku hanya bermimpi,
Biar aku begini,
Sampai ketemu lagi,
Aku disini...
Andai semuanya mimpi,
Biar saja ku terus begini,
Ku mahu terus kisah cinta kita,
Terus sampai hujung masa...
-AisyahAzizAF2013-
Cerita yang terdahulu,
Kisah cinta yang pernah kau tahu,
Sempurna selalu pada kau dan aku,
Ceritakan semua,
Cerita kita cipta bersama,
Kisah terindah pernah ku rasa,
Selama pernah jantung ku bernyawa,
Berdua hanya kau dan aku...
Andai ini hanya mimpi,
Biar aku begini,
Biar terus ku lena sampai kau tiba...
Andai ku hanya bermimpi,
Biar aku begini,
Sampai ketemu lagi aku disini...
Ceritakan padaku,
Ceritakan padaku selalu,
Kisah yang takkan mungkin pergi lalu,
Selama hidup aku denganmu,
Bersama mengharungi semua...
Bawa daku ke angkasa,
Memetik bulan bintang,
Bawa ku terbang bersama,
Jangan kau lepaskan,
Jangan kau tinggalkan semua...
Biar saja begini,
Biar terus ku lena,
Sampai kau tiba...
Andai ku hanya bermimpi,
Biar aku begini,
Sampai ketemu lagi,
Aku disini...
Andai semuanya mimpi,
Biar saja ku terus begini,
Ku mahu terus kisah cinta kita,
Terus sampai hujung masa...
-AisyahAzizAF2013-
March 20, 2014
Maaf & Lupa
Salam :)
Tak banyak benda nak tulis dekat blog ni. In fact, dah berkurun tak update. Sebab utamanya sudah tentu adalah malas. lalala~ ;P
Sekarang aku di semester 4, di Arau lagi. Dah pindah duduk kolej bukan rumah sewa dah. Dengan harapan suasana kondusif hostel on-campus dapat buat aku lebih fokus study. Katanya.. haha
Apa-apapun tahniah diucapkan untuk semua adik-adik yang dah dapat keputusan SPM hari ni. Tahniah untuk yang dapat result gempak, syukur Alhamdulillah. And to those yang result biasa-biasa gempaknya pun tahniah jugak sebab dah berjaya lepas dan dapat sijil SPM. Syukur atas segala kurniaNya sama ada baik ataupun tidak.
Oh.. terkenang suasana di Madinah dan Mekah umrah hari tu...
Rindu sangat nak ke sana lagi..
Hadiah teristimewa yang aku terima daripada Allah SWT selepas berbagai dugaan waktu semester 3 yang lepas.
Dugaan iman, hati dan persahabatan.
Syukur semua kerana Allah dah settlekan.. aku hanya mampu berdoa dikuatkan hati untuk menghadap semua tu. Dan syukur Allah sudah makbulkan. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :)
Pengajaran yang banyak aku terima setakat hidup aku hari ni.
Berjumpa dengan wajah-wajah lembut berkata manis yang dalam senyap menikam kita dari belakang.
Lebih kenal akan manusia-manusia yang berjanji untuk bersama susah senang tapi hilang bila kita memerlukan.
Banyak lagi yang tak mampu untuk aku nyatakan di blog ni.
Tapi yang manisnya, dapat aku kenal mana sahabat yang harus aku dampingi yang mana boleh mendorong aku menjadi orang yang lebih baik dan yang mana harus aku jadikan sekadar sebagai kenalan sahaja.
Selama beberapa lama kenal, sekarang baru aku sedar dan nampak. Mungkin mereka tak berniat begitu, tapi segala tindakan mementingkan diri mereka itu telah buat aku menderita dan sakit. Tak apa, aku dah maafkan mereka. Cuma aku tak mahu dipaksa supaya melupakan. Sebab biarlah masa memainkan peranannya meluputkan ingatan aku tentang semua yang dah berlaku. Aku anggap semuanya sebagai satu kaffarah yakni penebus terhadap semua kesalahan dan dosa-dosa yang dah aku lakukan sepanjang aku menumpang hidup di atas bumi Allah ini. Dengan itu aku redha akan semua yang dah berlaku. :')
Tak tahu apa lagi nak ditaip.
Jadi setakat ini sajalah.
Jumpa lagi di lain post. InshaAllah. Wassalam. ^_*
p/s: #prayformh370 #prayforsyria #prayforgaza

January 25, 2013
sketch up style selendang terbaru!
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wassalam...
Assalamu'alaikum wbt.. :)
today..(heheh, cakap omputeh sikit lah..hahah)
aku rasa nak buat sketch
konon nak design style pakai selendang yang baru
yang nampak unik but cantik
yang lain daripada yang lain
yang still ikut syariat
lalu terjadilah kejadian tersebut atas kertas A4 putih yang aku mintak daripada adik aku
then, inilah dia
huh
alih-alih aku sketch style pakai selendang yang aku selalu buat
hahaha
memang dah tak reti nak buat style lain
sampai aku nak sketch pon aku takde idea nak wat style yang macam mana
automatically dia jadi camni
hahah
hah
hah
hoh
tu je
kbai!
wassalam
;)
January 24, 2013
Ya hana na...
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wassalam...
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa.
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan...
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam...
Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu...
Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba...
Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang,
Tuhan kepada seluruh Alam
Wahai Kekasihku Wahai Muhammad
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.
Law kaana bainana
ya Rasulullah
wahai kekasih Allah
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wassalam...
:']
Subscribe to:
Posts (Atom)