Majlis berbuka puasa serta solat Isyak dan Terawih bersama anak2 yatim di Rumah PERNIM anjuran YCC dengan kerjasama MYA@PBM Technology Park Malaysia College, Bukit Jalil.
Wah!!! really3 miss 'em all... rindunyerlah kat adik2 di PERNIM..
ape khabarlah diorg kat situ skang ni ek??...huhuhu...Kenangan bersama adik2 yg kurang bernasib baik kat PERNIM ni betul2 mengajar aku akan erti syukur...
...along dheeya, adik zairis, atiqah, aku n blkg muaz the pari2 sebok...
...one big happy family!!..(kak hanum, anisah cute, adik zairis, along dheeya, adik pernim n the bapa mithali en.hasbullah)...
...ahli2 PBM n adik2 PERNIM (berdiri kiri: zaidulkhair(kembar hasbullah) ngan adik Pernim, haikal the wellknown, adik Pernim juge ler, hasbullah(kembar zaid), adik Pernim juge, najmi kim konichiwa, syafiq the star,
"amik la gambar kite!!"...the very nice kak aisyah n anisah cute(on the way trip balik kolej semula)..
Sejarah PERNIM:
Pernim adalah ringkasan kepada Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Mac 2004.
Persatuan ini merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin turut serta membantu kerajaan negara ini memikul tanggungjawab dalam membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama kepada kanak-kanak yang terbiar dan ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara pembawa HIV positif.
Penubuhan Pernim diharap dapat memperbetulkan persepsi dan sikap prejudis masyarakat terhadap mereka yang menghidap HIV, kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa juga.
Pernim antara lain bertujuan memberi perlindungan kepada anak-anak pesakit HIV/AIDS positif terutama daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia, memberikan perlindungan, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan dan asas keagamaan dan sebagainya.
Penubuhan Pernim dicetuskan atas dasar kesedaran dan keinsafan terhadap anak-anak mangsa HIV yang tidak berdosa akibat perbuatan silam ibu dan bapa kandung mereka. Kanak-kanak ini memerlukan perlindungan daripada masyarakat.
.
assalamualaikum...
ReplyDeletenama adik ngan kak aisyah 2 badrul..hehehe..nice photo..rindu diorg sume...nk sgt jmpe diorg lg...
assalamualaikum...
ReplyDeletenice photo...
nme adik ngan kak aisyah 2 adik badrul..hehehe..
rindu diorg sume..nk sgt jmpe diorg lg...
tenkiyu akak!! hehe..rajin2 la lwat blog kte ek>>
ReplyDeletehehe..