December 10, 2009
satu ujian..dan cinta itu hadir...
usiaku kini menjangkau 20-an..
terasa begitu pantas masa berlalu..
sudah tentu, masa akan sentiasa berlalu..
meninggalkan aku lebih jauh jika aku tidak mengejarnya..
pelbagai onak ranjau pengalaman hidup telah ku tempuhi..
suka duka meniti perjalanan hidup sebagai insan kerdil di muka bumi ini..
ada pahit..ada manis..ada getir..
dan kadangkala memerlukan pengorbanan..
suatu ketika..
pernah diri ini alpa dan leka..
pada fatamorgana cinta dunia..
pada manusia, material, dan bahagia yang seketika..
Aduh..
pedihnya hatiku..
tika rasa cinta palsu itu diragut daripadaku..
namun.. perlahan-lahan satu rasa baru yang lebih indah menyusup menyelubungi qalbu..
menyembuhkan segala kedukaan..
mengubati segala luka..
Kau bisikkan kata-kata indah..
Kau alunkan madah-madah cinta..
Kau berikan jiwaku kedamaian..
Kau teguhkan diriku dengan keyakinan..
kini ku melangkah dengan lebih berani..
aku tidak perlu khuatir..
aku tidak perlu bimbang..
aku tidak perlu risau..
kerna ku tahu..diri-Mu sentiasa memerhatikanku..
tidak jemu atau terlepas pandang walau seketika..
kala ku kebuntuan..
sentiasa diri-Mu memberi pedoman..
tika ku kelekaan..
hadir diri-Mu memberi peringatan..
kala ku merasa sedih..
Kau lah satu-satunya yang memberi kebahagiaan..
tika ku kesepian..
Engkau lah yang datang menemani..
sepanjang masa dan ketika..
tanpa pernah jemu..
tanpa mengharapkan balasan..
sungguh mendalam kasih-Mu padaku..
benar, aku yang selalu curang..
aku yang selalu menduakan-Mu..
aku yang selalu melupakan-Mu..
aku yang..aku adalah..akulah yang segala-gala keburukan itu..
namun, diri-Mu masih setia untuk bersamaku..
masih sudi menerimaku kembali..
masih sedia memaafkan ku..
sentiasa mengingatiku..
sentiasa menyayangiku..
maafkan aku..
ampunkan daku..
hapuskanlah segala dosa-dosaku terhadap-Mu..
hanya Kau lah yang Maha Pengampun..
sungguh..betapa hinanya diriku ini..
serasa tidak layak diriku untuk memperoleh cinta dari-Mu..
cinta-Mu sungguh agung..
tidak tertara dengan mana-mana ceritera cinta yang pernah wujud di dunia ini..
cinta-Mu sungguh suci..
sungguh beruntunglah diriku, andai dapat ku miliki..
CINTA DARI-MU..YA ILLAHI~
Nukilan: Aini Syahirah Abd Ghani -12 November 2009- menanti subuh..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment