April 22, 2012

Mengubati Penyakit Hasad Dengki

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ :)
another post from  the book '600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA Jilid 2'..

Feel free to share this but please give credit to those highlighted names below, okay~ ^^
Jazakallahu khairan kathira!

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)
Oleh:
Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh
Ustazah Fatimah Omar
Selenggaraan:
H.M. Tuah Iskandar


BAHAGIAN 1

2. MENGUBATI PENYAKIT HASAD DENGKI


S Bagaimanakah caranya hendak menghapuskan penyakit-penyakit mazmumah atau penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki dan iri hati yang menjadi punca perpecahan umat Islam kini?

J Agama Islam adalah agama yang suci dan diterima oleh Allah S.W.T. Ia mengajar manusia menjadi hamba yang beriman, taat dan berakhlak baik. Pada asasnya agama Islam dibangunkan oleh kekuatan yang unggul iaitu iman dan ukhuwah. Tidak mungkin agama ini dapat ditegakkan dalam suasana perpecahan.
   Rasulullah s.a.w. telah berjaya mendidik para sahabat supaya menyintai saudara mereka lebih dari diri mereka sendiri dan tidak berhasad dengki atau iri hati tetapi sanggup berkorban untuk kepentingan bersama.
   Kini penyakit mazmumah itu telah menular dengan meluasnya di kalangan orang Islam hingga menyebabkan berlaku perpecahan. Keadaaan ini disebabkan daripada hati yang berpenyakit. Tiada sebarang ubat yang boleh menyembuhkannya melainkan kesedaran diri sendiri untuk mengubati penyakit itu daipada terus melarat.
   Punca utama penyakit ini tidak lain kerana manusia terlalu menyintai dunia dan menjadikan ia sebagai tunggak kehidupan. Masing-masing cuba memenuhi selera dan kepentingan diri dan bukannya memikirkan masalah orang lain. Kasih sayang sudah tiada lagi dan kebanyakkan arahan Rasulullah s.a.w. diketepikan.
   Setelah kita mengetahui puncanya, mudahlah kita mengubatinya, lihatlah sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud; "Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu menyintai saudara kamu seperti kamu menyintai diri kamu sendiri."
Ustazah Fatimah Omar

HURAIAN
Daripada hadis itu, dapatlah difahami bahawa imanlah yang menjadi ubat paling mujarab. Untuk mendapatkan iman hanyalah dengan berasa takut kepada Allah, gerun kepadda Neraka-Nya dan rindukan Syurga-Nya. Setelah itu kita kembali kepada suruhan Allah dan rasul-Nya iaitu berbaik-baik dan berkasih sayang serta menganggap segala nikmat itu adalah pemberian Allah S.W.T.
   Dalam hidup ini kita memerlukan bantuan orang lain. Hendaklah kita selalu ingatkan diri sendiri bahawa orang yang bersifat mazmumah bukan di kalangan ahli Syurga. Bukan sahaja Allah dan Rasul benci bahkan seluruh manusia membencinya. Oleh itu tanamkan sifat tawaduk sesama manusia.

^_^

Sumber gambar: http://lindalalink.blogspot.com/
Ditaip semula ke blog oleh:
Aini Syahirah Abd Ghani




Dia, Aku & Demam.. Gediknyerrrr..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ @,@

hoo..pening..pening..
tapi aku tak kira..
aku nak update jugak blog ni..ahahaha

huuu~
semalam dah hantar 'Baby' pegi klinik, kena tahan kat wad dah dye..
setelah disahkan menghidap sejenis penyakit yang dipanggil sebagai, 'hawa kucing'..

huhu..
and then, since semalam aku pun sama demam..
sampai hari ni pening-pening..
semalaman termimpi-mimpikan Baby..

risau sangat..
huu.. kalau dah kena hawa kucing tu, memang harapan nak hidup tu memang tipis la..
hopefully, Baby akan okey lepas dapat treatment kat klinik tu..

ontahlor..
tengok la lepas 2-3 hari ni..
if panjang umurnye, InshaAllah..
if tak, aku sefamily kenalah redho..

olait..
next time la pulak aku update blog ni..

dah asar kan?
solat dulu..daa~

wassalam ^^


April 19, 2012

Ingin Bersama Kekasih Di Akhirat

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ :)
as promised.. here we go..
Feel free to share this but please give credit to those highlighted names below, okay~ ^^
Jazakallahu khairan kathira!

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)
Oleh:
Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh
Ustazah Fatimah Omar
Selenggaraan:
H.M. Tuah Iskandar

BAHAGIAN 1

1. INGIN BERSAMA KEKASIH DI AKHIRAT

S Saya pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang pemuda selama empat tahun. Tetapi hubungan ini ditentang oleh keluarga saya. Takdir Tuhan, kekasih saya telah meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hingga kini saya masih bersedih dan sentiasa mengingati dirinya. Setiap kali selepas menunaikan sembahyang, saya berdoa supaya kami dipertemukan dan hajat kami untuk menjadi suami isteri dapat dilaksanakan di Akhirat kelak. Apakah doa seperti ini diterima oleh Allah S.W.T.?

J Memang banyak keterangan bahawa di Akhirat, khususnya di dalam Syurga nanti berlaku perkahwinan di antara lelaki dengan wanita. Terdapat juga keterangan bahawa isteri-isteri bagi seseorang lelaki itu terdiri daripada para wanita Akhirat (bidadari) dan juga wanita dunia yang solehah.
   Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir daripada Hatib bin Abi Balta'ah, Rasulullah s.a.w., bersabda; "Di dalam Syurga seorang Mukmin itu akan berkahwin dengan 72 orang isteri. 70 daripadanya wanita Akhirat (bidadari) dan 2 daripadanya ialah wanita dunia."
   Para penafsir hadis ada yang menjelaskan bahawa dua wanita dunia itu mungkin isterinya yang baik yang sama-sama masuk ke dalam Syurga dan ada pula yang mengatakan wanita dunia itu ialah wanita yang solehah di dunia akan berkahwin dengan lelaki soleh mungkin asalnya suami isteri kalau sama-sama masuk Syurga dan mungkin bukan asalnya suami isteri.
   Sekiranya salah seorang daripada suami atau isteri tidak berpeluang masuk Syurga, maka masing-masing berkahwin dengan yang terpilih masuk Syurga, yang semasa di dunia mereka tidak pernah berkahwin tetapi dapat berkahwin di Akhirat kerana sama-sama soleh dan banyak pahala.
   Tentang pasangan di Syurga disebut oleh Imam Tarmidzi melalui hadis yang diriwayatkan melalui Laqit bahawa di Akhirat nanti seseorang itu akan berkahwin dengan wanita-wanita suci, dan perempuan yang solehah (baik) akan berkahwin dengan lelaki yang soleh (baik) demikian sebaliknya. Masing-masing dapat menikmati persetubuhan yang dirasakan di dunia tanpa melahirkan anak.
   Banyak sekali keterangan hadis yang menjelaskan bahawa seseorang lelaki itu akan berkahwin dengan ramai isteri. Ada yang menyebut berjumlah 4,000 orang pelayan (boleh disetubuhi) ada yang menyebut 8,000 malah ada yang menyebut 80,000 mengikut taraf iman dan ketaqwaan seseorang. Kesemua isteri itu dapat disetubuhi dalam masa 7 hari.
   Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. apabila mendengar Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang seseorang lelaki akan beristeri dengan begitu ramai bidadari di Syurga, lalu dia pun bertanya apakah mampu melakukan persetubuhan? Nabi s.a.w. menjawab; "Sesungguhnya di Akhirat (di dalam Syurga) seseorang lelaki Mukmin itu diberi (dilipatgandakan) kekuatan sebanyak 100 kali ganda dalam melaksanakan persetubuhan." ( riwayat At-Tabrani, Al-Baihaqi dan Abu Ya'la).
   Menyentuh tentang soalan anda, daripada keterangan-keterangan hadis yang dikemukakan, bahawa kemungkinan di antara orang yang tidak dapat atau tidak pernah berkahwin di dunia akan dikahwinkan juga di Akhirat sekiranya mereka sama-sama menjadi orang yang taat kepada Allah S.W.T., tidak melakukan maksiat dan bayak bertaubat sewaktu di dunia.
   Tentang doa meminta untuk dipertemukan jodoh di Akhirat dengan orang tertentu yang kita pilih di dunia sama ada dia belum mati atau telah mati, perbuatan itu adalah harus. Tentang dimakbulkan oleh Allah atau tidak itu adalah urusan Allah S.W.T. Kalau Allah takdirkan berhasil, maka kemungkinan akan dapat berkahwin dengan orang yang dimaksudkan itu, mungkin Allah S.W.T. akan gantikan dengan yang lebih baik.

Ustazah Fatimah Omar
HURAIAN
Sungguhpun begitu, janganlah orang yang masih hidup tidak mahu berkahwin pula. Kahwinlah dahulu di dunia, di Akhirat adalah soal lain. 

;)

Sumber Gambar: isuhangat.blogspot.com
Ditaip semula ke blog oleh:
Aini Syahirah Abd Ghani



Pengenalan ^_^ : 600 Jawapan Kemusykilan Agama

Assalamu'alaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh~ :)

Oryte..
lame dah tak update my blog ni..huhu
starting from today's post and the next posts,
I,m going to include some of the most frequently asked questions and answers from the book published by Karya Bistari Sdn. Bhd. (Alaf 21) and arranged by H.M. Tuah Iskandar entitled:

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)

hehe..
buku ni dah lama daa, cetakan tahun 1994..
terjumpa dalam bilik adik time tengah belek-belek buku yang berselerak atas meja study dia..haha
baca dan baca buku ni, nampak sangat sangat bagus..
setiap soalan yang memang aku sendiri pun nak tahu, dijawab dengan detailnya oleh barisan pakar agama yang didahului:

1. Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom (Bekas Mufti Selangor)
2. Ustaz Ismail Kamus
3. Ustaz Jaafar Salleh
4. Ustazah Fatimah Omar
dan huraian daripada
Ustaz Ahmad Baei Jaafar (Sarjana Syariah Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Nilam Puri)

then terfikir,
lagi bagus if aku dapat share apa yang aku dapat daripada buku ni..

untuk lebih terperinci,
buku ini adalah sinambungan dari buku '600 Jawapan Kemusykilan Agama Jilid 1' terbitan tahun 1991. Buku ini menghimpunkan lebih 600 persoalan dan jawapan agama dari 4 majalah iaitu Watan, Bacaria, Remaja dan Nona terbitan Kumpulan Karangkraf. Buku ni jugak memberikan jawapan serta huraian yang lebih panjang dari Jilid 1 dan mencakupi lebih banyak aspek dalam kehidupan seharian kita.

so,
mulai hari ni,
setiap post yang dilabel dengan 600 Jawapan Kemusykilan Agama, Bahagian 1 hingga 10,
1 soalan beserta jawapan dan huraian akan diberikan..

well then,
harapannya moga post-post selepas ini akan membawa manfaat kepada sahabat-sahabat yang meng'view' blog saya yang serba kekurangan ini. InshaAllah..

lastly,
tata~

^^ wassalam.

January 23, 2012

musafir mencari Ilahi..

semalam hantar Syafiq pegi terminal bas..
mak ayah kakak adik pon ikut same..
trip bas Perdana ke Pasir Tumbuh Kelantan..
same-same ngan kawan sesekolahnye, Usop..
famili Usop tu pon datang same hantar ke terminal..


cam beg orang nak pegi mekah je

sorry blur..Usop ngan Syafiq before bertolak..
moge usaha mereka berdua dalam menuntut dan mencari ilmu ukhrawi kat sana berjalan lancar dan mendapat keredhaan Allah SWT hendaknya.. Amiin... ^^

Alhamdulillah~ 

*Sementara tunggu result SPM nak kuar ni, diorang decide nak pegi Madrasah Al-Diniah Al-Bakriah Pasir Tumbuh, Kelantan nak blaja pondok perbaiki dan nak mendalami agama katenye.

January 22, 2012

changes..

^^ aku..
hamba Allah SWT..
bukan hamba manusia..
bukan hamba dunia..
aku, hanyalah hamba kepada-Nya..
Alhamdulillahi rabbil 'alamiin~
syukur atas hidayah-Mu ini...

December 17, 2011

Aku dah nak kawen? pffft...

Assalamu'alaikum wbt..

Hai..lame tak borak-borak sensorang kat blog ni..
sekarang hati dan perasaan tengah berkecamuk..
tak dapek eden nak bercerito kek sini..

cuma, bila dah tension-tension macam ni..
terasa macam nak luahkan ape-ape yang patut kat blog ni..

huu..tiba-tiba teringat kat pertanyaan Madam Aslizah (Lecturer Mikrobiologi aku) waktu sem lepas..
" Aini, awak dah nak kawen ye? "
heh? bila mase pulok doh..
serius, aku sangat pelik..
" Bila masa pulak saya cakap camtu madam? "
"Eh, bukan awak ke yang dah bertunang, ade saye bace kat status facebook aritu cakap awak dah nak kawen, awak aini kan?"
Allahuakbar.. 
" Bukan madam, saye takde post papepon kat facebook.. bertunang pon saye tak lagi madam.. bukan saye yang dah bertunang madam, Sue dak B1 tu haa yang dah bertunang..saya tak madam.."

haih..
aku tak paham camne la bole tersalah orang camtu..
bila aku selidik-selidik tanye, rupe-rupenye selama ni waktu awal-awal sem dulu tu orang ingat yang aku ni dah bertunang..
memandai betol diorang ni, bukan nak tanye direct ke kat aku..
ni siap dak sekelas lagi tu yang wat andaian camtu..

kenape..
ape yang diorang nampak kat aku ni yang sampai ramai yang sangka aku ni dah nak kawen la, dah bertunang la..
pelik...
aku sekarang ni serius takde pikir pasal nak kawen ke, nak bertunang ke..
memang jauh sangat la..
nak pikir pasal menda cintan cintun pon aku dah tak berminat..

tipu la cakap if aku tak rase nak dicinta dan mencintai ni kan..
hahaha..geli pulak menyebutnye..keh3
tapi aku tak rase masa sekarang ni sesuai..
boleh aku cakap la yang hati aku ni dah tertutup untuk cinta manusiawi ni kecuali pada family dan sahabat-sahabat yang aku kasihi...

jujur aku pernah rase perasaan mencintai..tapi dicintai tu..
aku tak tahu la orang tu ikhlas ke tak..
yang penting aku ikhlas sayang dan cinta pada orang tu..
tapi, once aku tersedar lepas aku rasa sangat-sangat kecewa dan terluka..
takde sesape pon yang datang bantu aku melainkan Allah SWT..

tatkala aku sedih-sedih waktu tu,
kalam-kalam Allah lah yang menjadi penawar luka kat hati aku..
ALLAHUAKBAR!

sedih bila teringat kembali maksiat-maksiat hati, perasaan, mata dan macam-macam lagi yang aku dah lakukan atas nama cinta manusiawi dulu..

tapi dugaan still datang silih berganti,
dengan terima fitnah sorang hamba Allah ni yang cakap bukan-bukan pasal aku lepas aku tak layan 'perasaan' dia kat aku..
pastu ade datang lagi pertanyaan-pertanyaan yang menjurus kepada cinta manusiawi kat aku, 'Yugi single ke?'..what the hal?!
apekah? datang universiti kata nak belajar kan..ni apehal lak tanye soalan entah ape-ape kat aku ni?
time kelas tak nak pulak bertanye soalan pasal camne nak ingat name fungi ke, camne nak score A statistics ke, camne nak kira Rf value ke.. takdek pulak nak tanye soklan camtuh.. 

ok la fine..fine..
lantak la diorang nak wat papepon kan..
yang penting, if aku tak layan or still standing..so, tade pape la yang akan jadi kan..

ok la..
tu je nak tulis kat blog ni..
idea nak menulis dah takde..
ok bai!

p/s: cincin yang aku pakai kat jari aku dua-dua belah tangan ni hadiah daripada ayah ngan kakak aku bagi la der.. bukan cincin tande/risik/tunang/menikoh atau pakwe bagi..=P