another post from the book '600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA Jilid 2'..
Feel free to share this but please give credit to those highlighted names below, okay~ ^^
Jazakallahu khairan kathira!
600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)
Oleh:
Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh
Ustazah Fatimah Omar
Selenggaraan:
H.M. Tuah Iskandar
BAHAGIAN 1
2. MENGUBATI PENYAKIT HASAD DENGKI
S Bagaimanakah caranya hendak menghapuskan penyakit-penyakit mazmumah atau penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki dan iri hati yang menjadi punca perpecahan umat Islam kini?
J Agama Islam adalah agama yang suci dan diterima oleh Allah S.W.T. Ia mengajar manusia menjadi hamba yang beriman, taat dan berakhlak baik. Pada asasnya agama Islam dibangunkan oleh kekuatan yang unggul iaitu iman dan ukhuwah. Tidak mungkin agama ini dapat ditegakkan dalam suasana perpecahan.
Rasulullah s.a.w. telah berjaya mendidik para sahabat supaya menyintai saudara mereka lebih dari diri mereka sendiri dan tidak berhasad dengki atau iri hati tetapi sanggup berkorban untuk kepentingan bersama.
Kini penyakit mazmumah itu telah menular dengan meluasnya di kalangan orang Islam hingga menyebabkan berlaku perpecahan. Keadaaan ini disebabkan daripada hati yang berpenyakit. Tiada sebarang ubat yang boleh menyembuhkannya melainkan kesedaran diri sendiri untuk mengubati penyakit itu daipada terus melarat.
Punca utama penyakit ini tidak lain kerana manusia terlalu menyintai dunia dan menjadikan ia sebagai tunggak kehidupan. Masing-masing cuba memenuhi selera dan kepentingan diri dan bukannya memikirkan masalah orang lain. Kasih sayang sudah tiada lagi dan kebanyakkan arahan Rasulullah s.a.w. diketepikan.
Setelah kita mengetahui puncanya, mudahlah kita mengubatinya, lihatlah sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud; "Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu menyintai saudara kamu seperti kamu menyintai diri kamu sendiri."
Ustazah Fatimah Omar
HURAIAN
Daripada hadis itu, dapatlah difahami bahawa imanlah yang menjadi ubat paling mujarab. Untuk mendapatkan iman hanyalah dengan berasa takut kepada Allah, gerun kepadda Neraka-Nya dan rindukan Syurga-Nya. Setelah itu kita kembali kepada suruhan Allah dan rasul-Nya iaitu berbaik-baik dan berkasih sayang serta menganggap segala nikmat itu adalah pemberian Allah S.W.T.
Dalam hidup ini kita memerlukan bantuan orang lain. Hendaklah kita selalu ingatkan diri sendiri bahawa orang yang bersifat mazmumah bukan di kalangan ahli Syurga. Bukan sahaja Allah dan Rasul benci bahkan seluruh manusia membencinya. Oleh itu tanamkan sifat tawaduk sesama manusia.
^_^
Sumber gambar: http://lindalalink.blogspot.com/ |
Ditaip semula ke blog oleh:
Aini Syahirah Abd Ghani
No comments:
Post a Comment