April 24, 2012

Mengingati Mati

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ :)
another post from  the book '600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA Jilid 2'..

Feel free to share this but please give credit to those highlighted names below, okay~ ^^
Jazakallahu khairan kathira!

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)
Oleh:
Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh
Ustazah Fatimah Omar
Selenggaraan:
H.M. Tuah Iskandar


BAHAGIAN 1

3. MENGINGATI MATI

S Sejauh manakah benarnya tanggapan setengah golongan yang mengatakan bahawa banyak mengingati mati akan menyekat kemajuan, pembangunan dan kejayaan manusia?

J Mati pasti akan tiba. Firman Allah S.W.T. maksudnya;
   "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."
Sama ada seseorang itu mahu mati atau tidak mahu mati, kematian iu pasti akan datang. Sebab itu dalam ajaran Islam, mengingati mati merupakan sesuatu yang dituntut. Mengingati mati mempunyai kelebihan yang tersendiri bagi orang yang hidup di dunia dan istimewanya untuk di Akhirat. Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut tentang mati tidak kurang 20 kali dalam sehari. Malah baginda pernah menyarankan kepada umatnya yang bermaksud; "Perbanyakkan mengingat-ingat tentang perkara yang menghapuskan kelazatan (maut)".
   Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya tentang siapakah orang yang pintar di antara manusia, jawab baginda, mereka itu ialah orang yang memperbanyakkan mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapi mati.
   Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; "Sesungguhnya orang Mukmin itu, ketika dijemput oleh maut, digembirakan dengan memperolehi rahmat Allah, maka dia pun amat suka bertemu dengan Allah, maka Allah S.W.T. pun suka bertemu dengannya. Manakala orang kafir pula ketika dijemput maut, diberitakan kepadanya akan mendapat azab Allah, lalu dia pun benci bertemu Allah, maka Allah pun benci bertemu dengannya."
Ustazah  Fatimah Omar

H
URAIAN
Jelaslah, pendapat yang mengatakan mengingati mati akan menyekat kemajuan dan kejayaan adalah pendapat yang silap kerana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat adalah yang paling banyak mengingati mati, tetapi sejarah menceritakan merekalah orang yang paling maju dan bertamadun malah mereka mampu menawan dunia.
   Mereka yang berpendapat demikian, sebenarnya jahil dalam banyak hal. Mereka menyangka orang yang selalu ingat mati akan berkurung di dalam rumah, buat ibadah saja.
   Apa tidak bijakkah, seseorang yang memikirkan sesuatu yang akan tiba lalu membuat perancangan untuk menghadapinya? Untuk itu dia akan bersedia dengan amalan khidmat kebajikan sebanyak mungkin. Kerana dia tahu segalanya akan dihisab yang akan menentukan ke mana sudahnya selepas itu, apakah ke Syurga atau Neraka yang penuh sengsara.

Sumber gambar: http://www.iluvislam.com/

Ditaip semula ke blog oleh:
Aini Syahirah Abd Ghani

April 23, 2012

RIP - Baby

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~

No words can describe my feelings right now..
but the thing is, 
let bygone be bygone,
Innalillahi wainnailaihi rojiuun
from Allah we come and to Allah we return.

Selamat Tinggal Baby!
Hope to see u again sayang~

BABY
22 APRIL 2012
Rest In Peace

Based on the date tu, Baby actually dah pergi semalam..
Baru petang tadi Ayah dapat call from Klinik Haiwan tu..
Time pegi amek tu, Baby dah siap dikafan dan dibalut dengan plastik,
seperti dalam gambar kat atas ni,
maybe untuk elak virus yang dia ada tu daripada merebak.

Sebelum Ayah pergi kebumikan Baby tu, 
aku sempat dukung Baby buat kali terakhir dan snap gambar ni..

Ouh..sedih..

Sekarang,
pengubat rindu aku kat Baby adalah,
makhluk ni haa..
hahah..
ni Mak aku bagi kat aku..
sebab aku bising cakap..
kakak aku ngan adik aku ada bear..
nape aku takde..
 hahahaha XD

lagipon, 
Baby pernah main dengan toy cinonet ni..
mane tahu kot-kot ade bau-bau Baby yang melekat kat toy ni..
haha..

giler kan..
lantak ler..
suke ati i ler..
u ade?
heheh

ok la..
nak join Ayah ngan Mak tengok movie kongfu lawan-lawan
'Pedang Terbang Kepunyaan Pintu Pagar Naga'
haaaa..
tu tajuk dye yang aku translate bulat-bulat melayu..

olaitlah!
takmo sedih-sedih daa..

tata!

wassalam~ ^^

April 22, 2012

Mengubati Penyakit Hasad Dengki

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ :)
another post from  the book '600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA Jilid 2'..

Feel free to share this but please give credit to those highlighted names below, okay~ ^^
Jazakallahu khairan kathira!

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)
Oleh:
Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh
Ustazah Fatimah Omar
Selenggaraan:
H.M. Tuah Iskandar


BAHAGIAN 1

2. MENGUBATI PENYAKIT HASAD DENGKI


S Bagaimanakah caranya hendak menghapuskan penyakit-penyakit mazmumah atau penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki dan iri hati yang menjadi punca perpecahan umat Islam kini?

J Agama Islam adalah agama yang suci dan diterima oleh Allah S.W.T. Ia mengajar manusia menjadi hamba yang beriman, taat dan berakhlak baik. Pada asasnya agama Islam dibangunkan oleh kekuatan yang unggul iaitu iman dan ukhuwah. Tidak mungkin agama ini dapat ditegakkan dalam suasana perpecahan.
   Rasulullah s.a.w. telah berjaya mendidik para sahabat supaya menyintai saudara mereka lebih dari diri mereka sendiri dan tidak berhasad dengki atau iri hati tetapi sanggup berkorban untuk kepentingan bersama.
   Kini penyakit mazmumah itu telah menular dengan meluasnya di kalangan orang Islam hingga menyebabkan berlaku perpecahan. Keadaaan ini disebabkan daripada hati yang berpenyakit. Tiada sebarang ubat yang boleh menyembuhkannya melainkan kesedaran diri sendiri untuk mengubati penyakit itu daipada terus melarat.
   Punca utama penyakit ini tidak lain kerana manusia terlalu menyintai dunia dan menjadikan ia sebagai tunggak kehidupan. Masing-masing cuba memenuhi selera dan kepentingan diri dan bukannya memikirkan masalah orang lain. Kasih sayang sudah tiada lagi dan kebanyakkan arahan Rasulullah s.a.w. diketepikan.
   Setelah kita mengetahui puncanya, mudahlah kita mengubatinya, lihatlah sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud; "Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu menyintai saudara kamu seperti kamu menyintai diri kamu sendiri."
Ustazah Fatimah Omar

HURAIAN
Daripada hadis itu, dapatlah difahami bahawa imanlah yang menjadi ubat paling mujarab. Untuk mendapatkan iman hanyalah dengan berasa takut kepada Allah, gerun kepadda Neraka-Nya dan rindukan Syurga-Nya. Setelah itu kita kembali kepada suruhan Allah dan rasul-Nya iaitu berbaik-baik dan berkasih sayang serta menganggap segala nikmat itu adalah pemberian Allah S.W.T.
   Dalam hidup ini kita memerlukan bantuan orang lain. Hendaklah kita selalu ingatkan diri sendiri bahawa orang yang bersifat mazmumah bukan di kalangan ahli Syurga. Bukan sahaja Allah dan Rasul benci bahkan seluruh manusia membencinya. Oleh itu tanamkan sifat tawaduk sesama manusia.

^_^

Sumber gambar: http://lindalalink.blogspot.com/
Ditaip semula ke blog oleh:
Aini Syahirah Abd Ghani




Dia, Aku & Demam.. Gediknyerrrr..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ @,@

hoo..pening..pening..
tapi aku tak kira..
aku nak update jugak blog ni..ahahaha

huuu~
semalam dah hantar 'Baby' pegi klinik, kena tahan kat wad dah dye..
setelah disahkan menghidap sejenis penyakit yang dipanggil sebagai, 'hawa kucing'..

huhu..
and then, since semalam aku pun sama demam..
sampai hari ni pening-pening..
semalaman termimpi-mimpikan Baby..

risau sangat..
huu.. kalau dah kena hawa kucing tu, memang harapan nak hidup tu memang tipis la..
hopefully, Baby akan okey lepas dapat treatment kat klinik tu..

ontahlor..
tengok la lepas 2-3 hari ni..
if panjang umurnye, InshaAllah..
if tak, aku sefamily kenalah redho..

olait..
next time la pulak aku update blog ni..

dah asar kan?
solat dulu..daa~

wassalam ^^


April 19, 2012

Ingin Bersama Kekasih Di Akhirat

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ :)
as promised.. here we go..
Feel free to share this but please give credit to those highlighted names below, okay~ ^^
Jazakallahu khairan kathira!

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)
Oleh:
Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh
Ustazah Fatimah Omar
Selenggaraan:
H.M. Tuah Iskandar

BAHAGIAN 1

1. INGIN BERSAMA KEKASIH DI AKHIRAT

S Saya pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang pemuda selama empat tahun. Tetapi hubungan ini ditentang oleh keluarga saya. Takdir Tuhan, kekasih saya telah meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hingga kini saya masih bersedih dan sentiasa mengingati dirinya. Setiap kali selepas menunaikan sembahyang, saya berdoa supaya kami dipertemukan dan hajat kami untuk menjadi suami isteri dapat dilaksanakan di Akhirat kelak. Apakah doa seperti ini diterima oleh Allah S.W.T.?

J Memang banyak keterangan bahawa di Akhirat, khususnya di dalam Syurga nanti berlaku perkahwinan di antara lelaki dengan wanita. Terdapat juga keterangan bahawa isteri-isteri bagi seseorang lelaki itu terdiri daripada para wanita Akhirat (bidadari) dan juga wanita dunia yang solehah.
   Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir daripada Hatib bin Abi Balta'ah, Rasulullah s.a.w., bersabda; "Di dalam Syurga seorang Mukmin itu akan berkahwin dengan 72 orang isteri. 70 daripadanya wanita Akhirat (bidadari) dan 2 daripadanya ialah wanita dunia."
   Para penafsir hadis ada yang menjelaskan bahawa dua wanita dunia itu mungkin isterinya yang baik yang sama-sama masuk ke dalam Syurga dan ada pula yang mengatakan wanita dunia itu ialah wanita yang solehah di dunia akan berkahwin dengan lelaki soleh mungkin asalnya suami isteri kalau sama-sama masuk Syurga dan mungkin bukan asalnya suami isteri.
   Sekiranya salah seorang daripada suami atau isteri tidak berpeluang masuk Syurga, maka masing-masing berkahwin dengan yang terpilih masuk Syurga, yang semasa di dunia mereka tidak pernah berkahwin tetapi dapat berkahwin di Akhirat kerana sama-sama soleh dan banyak pahala.
   Tentang pasangan di Syurga disebut oleh Imam Tarmidzi melalui hadis yang diriwayatkan melalui Laqit bahawa di Akhirat nanti seseorang itu akan berkahwin dengan wanita-wanita suci, dan perempuan yang solehah (baik) akan berkahwin dengan lelaki yang soleh (baik) demikian sebaliknya. Masing-masing dapat menikmati persetubuhan yang dirasakan di dunia tanpa melahirkan anak.
   Banyak sekali keterangan hadis yang menjelaskan bahawa seseorang lelaki itu akan berkahwin dengan ramai isteri. Ada yang menyebut berjumlah 4,000 orang pelayan (boleh disetubuhi) ada yang menyebut 8,000 malah ada yang menyebut 80,000 mengikut taraf iman dan ketaqwaan seseorang. Kesemua isteri itu dapat disetubuhi dalam masa 7 hari.
   Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. apabila mendengar Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang seseorang lelaki akan beristeri dengan begitu ramai bidadari di Syurga, lalu dia pun bertanya apakah mampu melakukan persetubuhan? Nabi s.a.w. menjawab; "Sesungguhnya di Akhirat (di dalam Syurga) seseorang lelaki Mukmin itu diberi (dilipatgandakan) kekuatan sebanyak 100 kali ganda dalam melaksanakan persetubuhan." ( riwayat At-Tabrani, Al-Baihaqi dan Abu Ya'la).
   Menyentuh tentang soalan anda, daripada keterangan-keterangan hadis yang dikemukakan, bahawa kemungkinan di antara orang yang tidak dapat atau tidak pernah berkahwin di dunia akan dikahwinkan juga di Akhirat sekiranya mereka sama-sama menjadi orang yang taat kepada Allah S.W.T., tidak melakukan maksiat dan bayak bertaubat sewaktu di dunia.
   Tentang doa meminta untuk dipertemukan jodoh di Akhirat dengan orang tertentu yang kita pilih di dunia sama ada dia belum mati atau telah mati, perbuatan itu adalah harus. Tentang dimakbulkan oleh Allah atau tidak itu adalah urusan Allah S.W.T. Kalau Allah takdirkan berhasil, maka kemungkinan akan dapat berkahwin dengan orang yang dimaksudkan itu, mungkin Allah S.W.T. akan gantikan dengan yang lebih baik.

Ustazah Fatimah Omar
HURAIAN
Sungguhpun begitu, janganlah orang yang masih hidup tidak mahu berkahwin pula. Kahwinlah dahulu di dunia, di Akhirat adalah soal lain. 

;)

Sumber Gambar: isuhangat.blogspot.com
Ditaip semula ke blog oleh:
Aini Syahirah Abd Ghani



Pengenalan ^_^ : 600 Jawapan Kemusykilan Agama

Assalamu'alaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh~ :)

Oryte..
lame dah tak update my blog ni..huhu
starting from today's post and the next posts,
I,m going to include some of the most frequently asked questions and answers from the book published by Karya Bistari Sdn. Bhd. (Alaf 21) and arranged by H.M. Tuah Iskandar entitled:

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)

hehe..
buku ni dah lama daa, cetakan tahun 1994..
terjumpa dalam bilik adik time tengah belek-belek buku yang berselerak atas meja study dia..haha
baca dan baca buku ni, nampak sangat sangat bagus..
setiap soalan yang memang aku sendiri pun nak tahu, dijawab dengan detailnya oleh barisan pakar agama yang didahului:

1. Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom (Bekas Mufti Selangor)
2. Ustaz Ismail Kamus
3. Ustaz Jaafar Salleh
4. Ustazah Fatimah Omar
dan huraian daripada
Ustaz Ahmad Baei Jaafar (Sarjana Syariah Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Nilam Puri)

then terfikir,
lagi bagus if aku dapat share apa yang aku dapat daripada buku ni..

untuk lebih terperinci,
buku ini adalah sinambungan dari buku '600 Jawapan Kemusykilan Agama Jilid 1' terbitan tahun 1991. Buku ini menghimpunkan lebih 600 persoalan dan jawapan agama dari 4 majalah iaitu Watan, Bacaria, Remaja dan Nona terbitan Kumpulan Karangkraf. Buku ni jugak memberikan jawapan serta huraian yang lebih panjang dari Jilid 1 dan mencakupi lebih banyak aspek dalam kehidupan seharian kita.

so,
mulai hari ni,
setiap post yang dilabel dengan 600 Jawapan Kemusykilan Agama, Bahagian 1 hingga 10,
1 soalan beserta jawapan dan huraian akan diberikan..

well then,
harapannya moga post-post selepas ini akan membawa manfaat kepada sahabat-sahabat yang meng'view' blog saya yang serba kekurangan ini. InshaAllah..

lastly,
tata~

^^ wassalam.