April 24, 2012

Mengingati Mati

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh~ :)
another post from  the book '600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA Jilid 2'..

Feel free to share this but please give credit to those highlighted names below, okay~ ^^
Jazakallahu khairan kathira!

600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA (Jilid 2)
Oleh:
Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh
Ustazah Fatimah Omar
Selenggaraan:
H.M. Tuah Iskandar


BAHAGIAN 1

3. MENGINGATI MATI

S Sejauh manakah benarnya tanggapan setengah golongan yang mengatakan bahawa banyak mengingati mati akan menyekat kemajuan, pembangunan dan kejayaan manusia?

J Mati pasti akan tiba. Firman Allah S.W.T. maksudnya;
   "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."
Sama ada seseorang itu mahu mati atau tidak mahu mati, kematian iu pasti akan datang. Sebab itu dalam ajaran Islam, mengingati mati merupakan sesuatu yang dituntut. Mengingati mati mempunyai kelebihan yang tersendiri bagi orang yang hidup di dunia dan istimewanya untuk di Akhirat. Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut tentang mati tidak kurang 20 kali dalam sehari. Malah baginda pernah menyarankan kepada umatnya yang bermaksud; "Perbanyakkan mengingat-ingat tentang perkara yang menghapuskan kelazatan (maut)".
   Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya tentang siapakah orang yang pintar di antara manusia, jawab baginda, mereka itu ialah orang yang memperbanyakkan mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapi mati.
   Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; "Sesungguhnya orang Mukmin itu, ketika dijemput oleh maut, digembirakan dengan memperolehi rahmat Allah, maka dia pun amat suka bertemu dengan Allah, maka Allah S.W.T. pun suka bertemu dengannya. Manakala orang kafir pula ketika dijemput maut, diberitakan kepadanya akan mendapat azab Allah, lalu dia pun benci bertemu Allah, maka Allah pun benci bertemu dengannya."
Ustazah  Fatimah Omar

H
URAIAN
Jelaslah, pendapat yang mengatakan mengingati mati akan menyekat kemajuan dan kejayaan adalah pendapat yang silap kerana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat adalah yang paling banyak mengingati mati, tetapi sejarah menceritakan merekalah orang yang paling maju dan bertamadun malah mereka mampu menawan dunia.
   Mereka yang berpendapat demikian, sebenarnya jahil dalam banyak hal. Mereka menyangka orang yang selalu ingat mati akan berkurung di dalam rumah, buat ibadah saja.
   Apa tidak bijakkah, seseorang yang memikirkan sesuatu yang akan tiba lalu membuat perancangan untuk menghadapinya? Untuk itu dia akan bersedia dengan amalan khidmat kebajikan sebanyak mungkin. Kerana dia tahu segalanya akan dihisab yang akan menentukan ke mana sudahnya selepas itu, apakah ke Syurga atau Neraka yang penuh sengsara.

Sumber gambar: http://www.iluvislam.com/

Ditaip semula ke blog oleh:
Aini Syahirah Abd Ghani

1 comment:

  1. Thanks for sharing ;D
    sebijak2 manusia ialah manusia yg mengingati mati sama2 kita saling memperingatkan ^^

    ReplyDelete